Anwar terima darjah kebesaran tertinggi Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kurnia Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (DK) daripada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, pada Sabtu.

Istiadat pengurniaan darjah yang membawa gelaran Dato Laila Utama itu berlangsung di Cheradi Laila Kenchana, Istana Nurul Iman, bersempena lawatan rasmi Anwar ke Brunei selama dua hari.

Darjah berkenaan merupakan antara darjah kebesaran tertinggi Negara Brunei Darussalam yang dikurniakan kepada pemimpin negara asing.

Turut hadir pada istiadat itu ialah Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri Brunei, Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah dan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Hadir sama, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Lawatan rasmi Anwar ke Brunei turut bertujuan menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 (ALC-27) antara Malaysia dan Brunei.

Selesai istiadat pengurniaan darjah, Anwar mengadakan pertemuan empat mata bersama Sultan Hassanal Bolkiah bagi membincangkan beberapa isu berkepentingan bersama.

Antara perkara yang disentuh termasuk isu jerebu rentas sempadan, persempadanan darat dan laut, sektor tenaga serta kemudahan laluan bagi penduduk Brunei ke Sarawak dan Sabah.

Kedua-dua pemimpin turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) berkaitan pengurusan bencana sebagai langkah memperkukuh kerjasama Malaysia-Brunei dalam aspek keselamatan serta bantuan kecemasan.

Related Posts

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

KETEGASAN dan ketenangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan berkaitan konflik Gaza, Israel dan Iran dalam satu wawancara bersama stesen televisyen India, Thanti TV baru-baru ini mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan transit bagi sebarang penghantaran kargo yang menyokong atau menyumbang kepada operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera