Fahmi ‘tepis’ dakwaan Pas, pendirian Malaysia isu China-Taiwan kekal

KUALA LUMPUR – Pendirian Malaysia berhubung isu China dan Taiwan kekal konsisten dan tidak berubah sejak era pentadbiran Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, kata Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu berkenaan dalam satu temu bual media antarabangsa baru-baru ini adalah selari dengan dasar luar negara yang telah lama dipegang Wisma Putra.

“Tak benar. Saya lihat ada dua perkara. Pertama, pendirian Malaysia mengenai isu tersebut adalah sejak zaman almarhum Tun Abdul Razak dan pendirian kita tidak pernah berubah.

“Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hanya menyatakan apa yang konsisten dengan pendirian Wisma Putra. Jadi tidak ada perubahan ataupun perbezaan dalam hal itu,” katanya, seperti dilaporkan berita tempatan pada Sabtu.

Fahmi berkata demikian ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mendakwa pendirian Anwar berhubung isu China dan Taiwan meletakkan Malaysia dalam kedudukan diplomatik yang sukar serta menyempitkan ruang diplomasi.

Dalam pada itu, Fahmi melahirkan rasa kesal terhadap pendirian pembangkang yang menurutnya lantang bersuara mengenai isu luar negara, namun dilihat kurang memberi perhatian terhadap isu dalam negara yang menyentuh kepentingan umat Islam.

Beliau merujuk Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji yang menurutnya mendedahkan kelemahan pengurusan akaun dan pelaburan institusi itu antara 2014 hingga 2017, termasuk kerugian bernilai jutaan ringgit.

“Saya harap mereka dapat lebihkan masa menelaah dan membahaskan perkara itu kerana mereka telah lari dari Dewan Rakyat waktu rakyat mengharapkan pihak pembangkang membahas,” katanya.

Fahmi berkata, kerajaan ketika ini sedang berusaha memulihkan semula Tabung Haji sebagai institusi penting umat Islam agar kembali berada pada kedudukan yang sewajarnya.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bukan caj tambahan baharu atau sumber keuntungan syarikat, sebaliknya mekanisme dua hala bagi melaraskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM