Sarawak intai peluang buka laluan penerbangan terus ke Pulau Jeju

KUCHING – Sarawak menyasarkan peluasan jaringan penerbangan antarabangsa ke destinasi utama di Asia menerusi syarikat penerbangan miliknya, AirBorneo bagi merancakkan sektor pelancongan dan ekonomi serantau.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah strategik tersebut amat penting bagi memastikan negeri ini lebih mudah diakses oleh pelancong asing.

Menurut beliau, peluasan rangkaian perhubungan darat dan udara itu juga diyakini mampu membuka ruang perniagaan serta jaringan kolaborasi yang lebih luas antara masyarakat tempatan dengan pemain industri antarabangsa.

“Buat masa ini, tumpuan kita adalah kepada rantau Asia dan mudah-mudahan kita dapat menjalin hubungan dengan Korea Selatan melalui Pulau Jeju kerana kedua-duanya merupakan geopark yang diiktiraf oleh UNESCO.

“Hubungan udara yang dirancang ini pastinya akan merapatkan lagi masyarakat kita di rantau ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Malam Gala ‘Soul of Borneo’ pada Rabu. 

Mengulas lanjut mengenai perkembangan AirBorneo, beliau menjelaskan bahawa syarikat penerbangan yang masih berada pada peringkat awal itu akan dikembangkan secara berperingkat mengikut keperluan semasa dan potensi pasaran.

Jelasnya, pendekatan berhati-hati itu membolehkan AirBorneo membina rangkaian penerbangan yang lebih kukuh dan berdaya saing sambil memberikan fokus utama kepada destinasi bernilai strategik untuk Sarawak.

Dalam perkembangan berkaitan, Abang Johari memaklumkan bahawa kelancaran sistem perhubungan udara itu akan disokong oleh kemudahan infrastruktur pengangkutan awam tempatan, khususnya projek Transit Aliran Autonomi (ART) berkuasa hidrogen di bandar raya ini.

Beliau turut mengambil kesempatan memohon maaf kepada delegasi perwakilan yang hadir ke Kuching berikutan kerja-kerja pembinaan yang sedang rancak berjalan demi menyediakan kemudahan terbaik pada masa hadapan.

“Kita sedang membina sistem pengangkutan awam ART yang akan menggunakan tenaga hidrogen sebagai sumber kuasa yang merupakan antara sumber tenaga paling bersih di dunia,” ujarnya.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

  • Related Posts

    KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

    SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

    SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

    Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

    Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

    Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

    KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

    • By Ezmie
    • October 8, 2026
    KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

    Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

    Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

    Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

    • By Ezmie
    • October 8, 2026
    Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

    Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

    Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri