RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan meluluskan peruntukan hampir RM4.3 juta bagi menangani keperluan mendesak di tiga hospital daerah di Sabah bagi memastikan kemudahan kesihatan sentiasa berada dalam tahap yang baik.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, peruntukan itu melibatkan Hospital Tambunan, Hospital Ranau dan Hospital Kota Belud.

Beliau berkata, RM988,000 diluluskan untuk Hospital Tambunan bagi menaik taraf Jabatan Kecemasan, membaiki kantin serta mendapatkan kelengkapan perubatan.

“Berkaitan projek Jabatan Pesakit Luar (JPL) yang terbengkalai selama sembilan tahun, kita telah memutuskan untuk membatalkan projek tersebut dan memberi fokus kepada pembinaan hospital baharu sebagai gantian.

“Kerja awalan bagi pembinaan hospital baharu itu sedang dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon butiran penuh projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) Rolling Plan 3 (RP3),” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Kesihatan Sabah, di sini, pada Isnin.

Bagi Hospital Ranau, Dr Dzulkefly berkata, RM1.279 juta diluluskan untuk menyelesaikan beberapa isu kritikal di fasiliti berkenaan.

“Sebanyak RM950,000 digunakan bagi membina semula kaunter triage, membaiki kantin, menaik taraf kapasiti transformer elektrik untuk pemasangan pendingin hawa serta mendapatkan tiga peti mayat baharu.

“RM329,000 lagi diperuntukkan bagi peralatan perubatan penting, selain kelulusan mendapatkan empat ambulans baharu,” ujarnya.

Mengenai pembinaan hospital baharu Ranau, Dr Dzulkefly memaklumkan kajian kebolehlaksanaan akan dilaksanakan segera bagi menilai cadangan memperbaharui hospital.

Sementara itu, Hospital Kota Belud menerima RM2.01 juta bagi menaik taraf Unit Pesakit Luar yang menampung purata 261 pesakit sehari.

“Daripada jumlah itu, RM1 juta diperuntukkan bagi menaik taraf Unit Pesakit Luar, RM510,000 untuk kelengkapan Unit Pergigian dan RM500,000 bagi mendapatkan mesin Mobile X-Ray baharu.

“Mesin Mobile X-Ray baharu itu akan menggantikan aset lama yang berusia 18 tahun,” jelasnya.

Related Posts

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

KUANTAN – Wartawan Astro AWANI, Mohd Zalani Md Atan, 66, meninggal dunia ketika tidur di kediamannya di sini pada petang tadi, selepas dilaporkan demam dan mengalami kesukaran berjalan sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

KUCHING – Seramai 60 individu daripada golongan memerlukan menerima sumbangan wang tunai dan hamper makanan bernilai keseluruhan RM350 setiap seorang menerusi Majlis Sejambak Kasih Deepavali 2026, pada Isnin. Menteri Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak