Permintaan tinggi, Tiket MADANI F1 GP Bahrain di Sepang habis terjual

TIKET MADANI yang berharga serendah RM200 bagi perlumbaan Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2-4 Oktober ini, sudah habis terjual, kata Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari.

Beliau berkata, menurut SIC, tiket itu mendapat permintaan tinggi daripada rakyat Malaysia sebaik sistem jualan dibuka kepada orang awam.

“Setakat hari ini (tiket MADANI) memang dah terjual dengan secara keseluruhan, tetapi kita akan melihat juga sekiranya ada ruang dan keperluan untuk tambahan dan sebagainya. Kita akan umumkan dari semasa ke semasa,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penutup Innovation Development Through Educational Activities (iDEA’26) dan jelajah pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), Institusi Latihan Kemahiran Kementerian Belia dan Sukan Zon Timur 2026 di Dewan Tun Razak, Temerloh, hari ini.

Sementara itu, Mohammed Taufiq berkata, program iDEA’26 bukan sekadar platform pertandingan inovasi, sebaliknya menjadi medan untuk mengembangkan idea, kreativiti dan kepakaran pelajar TVET, agar berpotensi dikomersialkan di pasaran tempatan, ASEAN dan antarabangsa.

“Produk mereka ini amat wajar untuk dipasarkan dan tidak terhenti setakat memenangi pertandingan. Kita akan menilai dan melihat bagaimana produk itu boleh dikembangkan dengan lebih jauh, termasuk membuat penambahbaikan sebelum ia boleh dipasarkan di seluruh negara,” katanya.

Related Posts

Hampir 5,000 meriahkan Hari Sukan Negara peringkat Sabah

TUARAN – Hampir 5,000 peserta dan penduduk membanjiri Padang Istiadat Tuaran bagi memeriahkan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Sabah Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM240 juta disediakan untuk Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM240 juta bagi persiapan penganjuran Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027 yang bakal berlangsung di Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

LKIM salur bantuan RM461,500, perkasa kebajikan nelayan Gerigat

LKIM salur bantuan RM461,500, perkasa kebajikan nelayan Gerigat

Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

Sosioekonomi FELDA dipertingkat bersama Kerajaan MADANI

Sosioekonomi FELDA dipertingkat bersama Kerajaan MADANI

Kerajaan MADANI bukti keperihatinan, buka ruang pembangunan Terengganu

Kerajaan MADANI bukti keperihatinan, buka ruang pembangunan Terengganu

Pengiat kreatif Sabah diseru manfaat Belanjawan 2027 – SAFVA

  • By Ezmie
  • October 10, 2026
Pengiat kreatif Sabah diseru manfaat Belanjawan 2027 – SAFVA

BKK RM1,500, Bantuan Awal Persekolahan naik RM200 legakan penjawat awam, ibu bapa

BKK RM1,500, Bantuan Awal Persekolahan naik RM200 legakan penjawat awam, ibu bapa