Ancaman Melayu bukan hadir dari kaum lain – Saifuddin

AYER KEROH – Ancaman terbesar terhadap orang Melayu bukan datang daripada kaum lain, sebaliknya daripada kaum itu sendiri yang gagal menangani pelbagai masalah dalam kalangan masyarakat terbabit.

Naib Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, cabaran terhadap masyarakat Melayu perlu dilihat secara lebih terbuka dan tidak terus diletakkan atas bahu kaum lain, termasuk dalam isu kemiskinan, masalah sosial dan ancaman penyalahgunaan dadah

“Kalau orang Islam dan Melayu miskin, itu cabaran kita. Kalau orang lain miskin, itu juga cabaran kita. Kalau orang naik harga paling tinggi, itu ancaman.

“Bagaimana Melayu diancam, kerana Melayu terlibat dengan dadah, ini ancaman kepada bangsa. Cabaran kepada kita,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional Keadilan 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), pada Ahad.

Saifuddin menegaskan, orang Melayu dan Islam terancam bukan kewujudan kaum lain di negara kita tetapi Melayu terancam kalau orang Melayu miskin, ramai yang terjebak dengan masalah dadah. Ini ancaman kepada orang Melayu.

“Saya menjaga KDN (Kementerian Dalam Negeri), hasil kajian yang dilaksanakan berdasarkan standard Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC), 560 daripada 100,000 rakyat Malaysia terlibat dadah dan negeri-negeri (majoriti Melayu) Perlis Kedah Kelantan Terengganu mencatatkan penggunaan dadah di kalangan anak Melayu adalah tinggi melebihi 1000,” katanya.

Jelasnya, ada sesetengah negeri telah diperintah 30 tahun lamanya namun kes melibatkan dadah merekodkan jumlah tinggi.

Saifuddin berkata, apabila angka berkenaan diteliti bagi negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, semuanya mencatatkan kadar melebihi 1,000 bagi setiap 100,000 penduduk.

“Maksudnya, ancaman terbesar orang Melayu ialah kerana anak-anak Melayu terjebak dengan dadah. Kebetulan atau tidak, suratan atau kebetulan? Yang paling tinggi adalah di negeri-negeri Melayu yang setengahnya Islam sudah memerintah selama 30 tahun,” katanya.

Ujarnya, Pas sepatutnya meneliti perkara itu dan bukannya hanya kerap menyalahkan DAP atas apa saja perkara yang berlaku.

“Bila kamu tidak tumpu pada pembangunan negeri, kamu hanya bangkitkan DAP, DAP, DAP. Kamu tidak jaga, peluang pekerjaan tidak wujud, anak muda terlibat dengan dadah,” katanya.

Related Posts

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

PUTRAJAYA – Taktik licik sindiket penipuan dalam talian antarabangsa menjadikan sebuah pusat peranginan di Sungai Lembing, Pahang yang ditutup sejak tahun lalu sebagai pusat panggilan terbongkar selepas diserbu Jabatan Imigresen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyasarkan pencapaian lebih besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang termasuk meningkatkan jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi bagi mengukuhkan suara dan kuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills