‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

AYER KEROH – “Biar habis persidangan DAP dahulu,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Itu adalah reaksi ringkas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenai keputusan Persidangan Kebangsaan DAP hari ini berhubung usul sama ada parti itu kekal atau keluar daripada kerajaan.

Anwar berkata, demikian ringkas kepada media selepas berakhirnya Kongres Nasional PKR di Melaka International Trade and Exhibition Centre (MITC), hari ini.

Persidangan DAP yang berlangsung di Putrajaya hari ini menjadi tumpuan susulan usul berkaitan kedudukan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan.

Terdahulu, semua 14 pembahas dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2026 mahu parti itu terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen ke-16.

Mereka meminta perwakilan untuk terus memberikan sokongan supaya DAP meneruskan kerjasama dalam kerajaan pimpinan Anwar.

Persidangan khas itu diadakan bagi membentangkan usul dalam menentukan sama ada parti berkenaan akan terus kekal atau menarik diri daripada blok pentadbiran sehingga tamat penggal Parlimen ke-16.

Lebih 4,200 perwakilan DAP akan mengundi bagi menentukan sama ada parti itu patut kekal dalam kerajaan Persekutuan hingga tamat penggal Parlimen semasa atau sebaliknya.

Proses pengundian itu diadakan ketika persidangan tahunan parti di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang mana usul berkenaan dibawa Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke bagi pihak Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). 

Related Posts

AMK kecam Eric See-To didakwa persenda petikan al-Quran ketika Belanjawan 2027

SHAH ALAM – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengecam tindakan pempengaruh media sosial, Datuk Eric See-To yang didakwa mempersendakan petikan ayat al-Quran ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PeSAWAH sambut baik Belanjawan 2027 tapi bimbang bayaran IPP lewat

ALOR SETAR – Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) melahirkan kebimbangan terhadap Belanjawan 2027 yang dianggap belum dapat menyelesaikan masalah pelaksanaan bantuan kepada petani khususnya pembayaran insentif. Pengerusinya, Abdul Rashid Yob…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMK kecam Eric See-To didakwa persenda petikan al-Quran ketika Belanjawan 2027

AMK kecam Eric See-To didakwa persenda petikan al-Quran ketika Belanjawan 2027

Belanjawan 2027: Pujian buat Kerajaan Persekutuan, harap komitmen jadi realiti

  • By Fatin
  • October 10, 2026
Belanjawan 2027: Pujian buat Kerajaan Persekutuan, harap komitmen jadi realiti

PH Pahang turun padang salur maklumat tepat Belanjawan 2027

PH Pahang turun padang salur maklumat tepat Belanjawan 2027

PeSAWAH sambut baik Belanjawan 2027 tapi bimbang bayaran IPP lewat

PeSAWAH sambut baik Belanjawan 2027 tapi bimbang bayaran IPP lewat

Anggota polis maut, dua cedera parah ketika pulang dari tugas rasmi

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Anggota polis maut, dua cedera parah ketika pulang dari tugas rasmi

LKIM salur bantuan RM461,500, perkasa kebajikan nelayan Gerigat

LKIM salur bantuan RM461,500, perkasa kebajikan nelayan Gerigat