Tiada kompromi salah guna amanah, siasatan diteruskan selepas TH – Anwar

AYER KEROH – Kerajaan tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyalahgunakan amanah rakyat, termasuk dalam pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) dan siasatan terhadap kes lain akan diteruskan selepas proses berkenaan.

Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar peraturan, menyalahgunakan kuasa atau mengambil harta dan amanah rakyat.

Menurutnya, keputusan mendedahkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan TH dibuat melalui keputusan Jemaah Menteri dan tidak ada seorang pun anggota Jemaah Menteri yang membantah keputusan itu.

“Kalau ditanya kepada saya, saya pilih supaya laporan itu didedahkan lebih awal. Tetapi TH menyatakan kalau didedahkan awal, ada risiko tertentu.

“Namun, Tabung Haji mesti membuktikan kepada rakyat apa yang berlaku, termasuk kecuaian dan salah laku. Saya nak ulang, memang ada salah laku dalam Tabung Haji,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR 2026 di sini, hari ini.

Anwar berkata, kesalahan yang dilakukan segelintir pihak tidak seharusnya menyebabkan seluruh rakyat terpaksa menanggung kesannya.

“Yang melakukan kesalahan mungkin hanya beberapa orang, tetapi beban untuk membayarnya ditanggung oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Maka arahan dikeluarkan supaya tindakan tegas diambil,” katanya.

Menurutnya, siasatan terhadap TH tidak seharusnya menjadi titik akhir kepada usaha kerajaan membanteras salah guna kuasa dan penyelewengan.

“Jangan berakhir setakat Tabung Haji sahaja. Teruskan. Selepas ini, siasatan terhadap perkara-perkara lain juga akan diteruskan dan tindakan akan diambil sekiranya terdapat asas yang kukuh,” katanya.

Anwar berkata, kerajaan tidak akan menjatuhkan hukuman sebelum proses siasatan selesai, namun tidak akan membiarkan perkara berkenaan berlarutan tanpa tindakan.

“Kita tidak boleh menjatuhkan hukuman sebelum proses siasatan selesai. Tetapi jangan berlengah.

“Biar badan berkuasa menyiasat secara profesional. Apabila ada bukti dan asas untuk tindakan, kita akan lakukan perkara yang betul,” katanya.

Beliau turut menegaskan tindakan penguatkuasaan tidak seharusnya dipengaruhi kedudukan, jawatan, kaum atau kepentingan politik seseorang.“Kalau salah, salah. Tindakan mesti diambil.

“Penguatkuasaan bukan urusan politik. Penjara bukan urusan politik. Ia urusan undang-undang dan keadilan,” katanya.

Tambahnya, kerajaan kini mempunyai kestabilan politik dan komitmen yang diperbaharui untuk meneruskan agenda reformasi serta memastikan keadilan ditegakkan tanpa pilih kasih.

“Jawapan saya jelas: kita akan lakukan perkara yang betul,” katanya.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia