Rakyat Malaysia dinasihat tangguhkan umrah susulan insiden serangan

SEPANG – Rakyat Malaysia dinasihatkan menangguhkan perjalanan ke Arab Saudi bagi menunaikan ibadah umrah buat sementara waktu berikutan risiko keselamatan susulan insiden serangan di negara itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah berkenaan diambil susulan insiden serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh pada Sabtu lalu yang dilaporkan mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang dan mencederakan ratusan yang lain.

Menurut beliau, setakat ini tiada insiden dilaporkan berlaku di Makkah, namun keadaan keselamatan semasa mendorong kerajaan menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan ke Makkah dan Madinah buat sementara waktu.

“Di Makkah masih tidak ada (insiden). Cuma ada misil yang telah meletup di Riyadh. Jadi, kita minta supaya rakyat Malaysia elok tangguhkan dahulu perjalanan kita ke sana (Makkah dan Madinah),” katanya, seperti dipetik berita tempatan hari ini.

Semalam, Kementerian Luar memaklumkan bahawa tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban atau cedera susulan serangan terbaharu di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh serta insiden projektil yang jatuh berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa King Fahd di Dammam, Arab Saudi, pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam Arab Saudi memaklumkan bahawa insiden serangan berkenaan mengorbankan 12 orang manakala 309 lagi mengalami kecederaan.

Mangsa yang terkorban terdiri daripada empat warga Arab Saudi, dua warga Bangladesh serta masing-masing seorang warga Amerika Syarikat, Mesir, Jordan, Syria, Palestin dan Sudan.

Related Posts

‘Telur emas’ perlu dikongsi dengan rakyat, bukan masuk poket sendiri – Dr Zaliha tegur Hamzah

KUALA LUMPUR –  Hasil keuntungan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) wajar dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat, bukannya diselewengkan demi kepentingan peribadi, kata Ahli Parlimen Sekijang, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kembalikan GST bukan sekadar kutip hasil, enam perkara perlu diberi perhatian – Pakar

KERAJAAN perlu meneliti enam perkara utama sebelum mengembalikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), termasuk menetapkan kadar munasabah, melindungi golongan berpendapatan rendah dan memastikan ketelusan penggunaan hasil cukai, kata pakar ekonomi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Telur emas’ perlu dikongsi dengan rakyat, bukan masuk poket sendiri – Dr Zaliha tegur Hamzah

‘Telur emas’ perlu dikongsi dengan rakyat, bukan masuk poket sendiri – Dr Zaliha tegur Hamzah

Kembalikan GST bukan sekadar kutip hasil, enam perkara perlu diberi perhatian – Pakar

Kembalikan GST bukan sekadar kutip hasil, enam perkara perlu diberi perhatian – Pakar

Belanjawan Sarawak 2027: RM64.2 juta bantu pesakit, ringankan kos rawatan

Belanjawan Sarawak 2027: RM64.2 juta bantu pesakit, ringankan kos rawatan

Bas ekspres rempuh pagar SK Bukit Jawa

Bas ekspres rempuh pagar SK Bukit Jawa

Rakyat Malaysia dinasihat tangguhkan umrah susulan insiden serangan

Rakyat Malaysia dinasihat tangguhkan umrah susulan insiden serangan

Belanjawan Sarawak 2027: RM2.27 bilion untuk projek jalan raya utama

Belanjawan Sarawak 2027: RM2.27 bilion untuk projek jalan raya utama