Belanjawan Sarawak 2027: RM64.2 juta bantu pesakit, ringankan kos rawatan

KUCHING – Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM64.2 juta menerusi Belanjawan Sarawak 2027 bagi membantu pesakit buah pinggang dan warga emas daripada isi rumah berpendapatan rendah mendapatkan rawatan kesihatan.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sebanyak RM14.2 juta diperuntukkan bagi Bantuan Perubatan dan Bantuan Pesakit Buah Pinggang, manakala RM50 juta lagi disediakan untuk meneruskan Manfaat Kesihatan Warga Emas (Senior Citizens Health Benefit).

Beliau berkata, bantuan berkenaan bertujuan meringankan beban kewangan pesakit, terutama mereka yang menghidap penyakit buah pinggang peringkat akhir dan memerlukan rawatan dialisis.

“Menerusi bantuan ini, pesakit dapat menerima sokongan bagi mendapatkan rawatan yang diperlukan, sekali gus mengurangkan beban kewangan mereka,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Sarawak 2027 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada Isnin.

Menerusi Manfaat Kesihatan Warga Emas, individu yang layak daripada isi rumah berpendapatan RM7,000 dan ke bawah boleh menikmati rawatan pesakit luar tanpa tunai sehingga RM500 bagi setiap orang setahun.

Kemudahan itu diteruskan pada 2027 bagi membolehkan warga emas yang layak mendapatkan rawatan pesakit luar di bawah skim berkenaan.

Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan Sarawak memperkukuh perlindungan sosial, khususnya dalam membantu golongan berpendapatan rendah menampung kos rawatan dan perbelanjaan perubatan.

Foto: Jabatan Penerangan Sarawak

  • Related Posts

    Belanjawan Sarawak 2027: RM2.27 bilion untuk projek jalan raya utama

    KUCHING – Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM2.27 bilion pada 2027 bagi meneruskan projek jalan raya utama di negeri ini untuk memudahkan perjalanan penduduk serta menghubungkan kawasan luar bandar dengan pusat ekonomi.…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    ART hidrogen mulakan laluan perintis Stutong-Samarahan tahun ini

    KUCHING – Transit Aliran Autonomi (ART) berkuasa hidrogen di bawah Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) akan memulakan operasi laluan perintis dari Depot Rembus di Samarahan ke Northbank di Stutong tahun…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    ‘Telur emas’ perlu dikongsi dengan rakyat, bukan masuk poket sendiri – Dr Zaliha tegur Hamzah

    ‘Telur emas’ perlu dikongsi dengan rakyat, bukan masuk poket sendiri – Dr Zaliha tegur Hamzah

    Kembalikan GST bukan sekadar kutip hasil, enam perkara perlu diberi perhatian – Pakar

    Kembalikan GST bukan sekadar kutip hasil, enam perkara perlu diberi perhatian – Pakar

    Belanjawan Sarawak 2027: RM64.2 juta bantu pesakit, ringankan kos rawatan

    Belanjawan Sarawak 2027: RM64.2 juta bantu pesakit, ringankan kos rawatan

    Bas ekspres rempuh pagar SK Bukit Jawa

    Bas ekspres rempuh pagar SK Bukit Jawa

    Rakyat Malaysia dinasihat tangguhkan umrah susulan insiden serangan