Belanjawan Sarawak 2027: RM2.27 bilion untuk projek jalan raya utama

KUCHING – Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM2.27 bilion pada 2027 bagi meneruskan projek jalan raya utama di negeri ini untuk memudahkan perjalanan penduduk serta menghubungkan kawasan luar bandar dengan pusat ekonomi.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembangunan jalan raya dan jambatan penting bagi menghubungkan masyarakat luar bandar dengan peluang ekonomi, selain menyokong perkembangan sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan.

Menurutnya, kerajaan negeri akan terus membina dan menaik taraf jalan raya, jambatan, kemudahan utiliti serta jaringan digital bagi meningkatkan kemudahan perhubungan di seluruh Sarawak.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM366 juta diperuntukkan bagi Jalan Pesisir Sarawak, RM900 juta untuk Jalan Utama Kedua Sarawak dan RM700 juta bagi Lebuhraya Pesisir Utara.

“Sebanyak RM252 juta lagi disediakan untuk projek Jalan Sultan Tengah dan Jambatan Santubong Baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Sarawak 2027 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada Isnin.

Selain itu, kerajaan negeri turut memperuntukkan RM742 juta bagi pembinaan jalan raya dan jambatan di seluruh Sarawak pada tahun depan.

Antara projek yang disenaraikan ialah penurapan Jalan Ulu Tinjar di Marudi, Miri, pembinaan jalan berkembar dari Jambatan Kemena ke Lapangan Terbang Bintulu serta jalan menuju Rumah Panjang Nicholas ak Sandom di Sungai Sigu Pandan, Sebauh, Bintulu.

Peruntukan itu turut meliputi cadangan pembinaan jalan yang menghubungkan Batu Kawa dengan Jalan Stephen Yong di Kuching, jalan di Kampung Medong Seberang dan Kampung Kekan Seberang di Dalat, Mukah serta jalan baharu dari Teku Pasai Siong ke Kemuyang, Sibu.

Abang Johari berkata, kerajaan negeri juga akan meneruskan Program Transformasi Jambatan Luar Bandar serta kerja pembaikan kecemasan bagi infrastruktur awam yang rosak.

“Pelaksanaan projek berkenaan bertujuan meningkatkan kemudahan perhubungan penduduk, memudahkan pergerakan barangan dan perkhidmatan serta merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar,” jelasnya.

Usaha itu merupakan sebahagian daripada Teras Strategik Kelima Belanjawan Sarawak 2027 yang memberi tumpuan kepada usaha merapatkan jurang pembangunan dan memacu pertumbuhan kawasan luar bandar.

Foto: Jabatan Penerangan Sarawak

  • Related Posts

    Belanjawan Sarawak 2027: RM64.2 juta bantu pesakit, ringankan kos rawatan

    KUCHING – Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM64.2 juta menerusi Belanjawan Sarawak 2027 bagi membantu pesakit buah pinggang dan warga emas daripada isi rumah berpendapatan rendah mendapatkan rawatan kesihatan. Premier Sarawak, Tan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    ART hidrogen mulakan laluan perintis Stutong-Samarahan tahun ini

    KUCHING – Transit Aliran Autonomi (ART) berkuasa hidrogen di bawah Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) akan memulakan operasi laluan perintis dari Depot Rembus di Samarahan ke Northbank di Stutong tahun…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    ‘Telur emas’ perlu dikongsi dengan rakyat, bukan masuk poket sendiri – Dr Zaliha tegur Hamzah

    ‘Telur emas’ perlu dikongsi dengan rakyat, bukan masuk poket sendiri – Dr Zaliha tegur Hamzah

    Kembalikan GST bukan sekadar kutip hasil, enam perkara perlu diberi perhatian – Pakar

    Kembalikan GST bukan sekadar kutip hasil, enam perkara perlu diberi perhatian – Pakar

    Belanjawan Sarawak 2027: RM64.2 juta bantu pesakit, ringankan kos rawatan

    Belanjawan Sarawak 2027: RM64.2 juta bantu pesakit, ringankan kos rawatan

    Bas ekspres rempuh pagar SK Bukit Jawa

    Bas ekspres rempuh pagar SK Bukit Jawa

    Rakyat Malaysia dinasihat tangguhkan umrah susulan insiden serangan

    Rakyat Malaysia dinasihat tangguhkan umrah susulan insiden serangan

    Belanjawan Sarawak 2027: RM2.27 bilion untuk projek jalan raya utama

    Belanjawan Sarawak 2027: RM2.27 bilion untuk projek jalan raya utama