Mansuh AUKU lembaran baharu buat pendidikan tinggi negara

AYER KEROH – Keputusan kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) disifatkan bukti jelas komitmen kerajaan dalam agenda refomasi terhadap sistem pendidikan tinggi negara.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim berkata, pemansuhan akta berkenaan seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merangkumi aspek kebebasan dan kematangan mahasiswa, termasuk memulihkan kedudukan serta peranan golongan itu dalam institusi pendidikan tinggi.

Menurut beliau, sekiranya AUKU yangn selama ini dianggap sebagai akta yang bersifat regresif, kerangka perundangan yang bakal menggantikannya perlu bersifat lebih progresif.

“Ini tekad Kerajaan MADANI, tekad Perdana Menteri, tekad keadilan selama ini dan kita hari ini kita zahirkan selepas puas kita usahakan banyak perubahan dari satu per satu, satu per satu.

“Mansuh AUKU bukan pengakhiranlah, tapi sebaliknya permulaan baru kepada perubahan besar yang lebih baik untuk sistem pendidikan tinggi kita,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) pada Kongres Nasional Keadilan 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), pada Sabtu.

Dalam pada itu, Adam  yang juga Pengarah Komunikasi PKR memaklumkan, keputusan kerajaan untuk memansuhkan AUKU dilihat sebagai hadiah buat perjuangan mahasiswa sejak sekian lama yang selepas ini akan memberi lebih ruang kebebasan bersuara.

“Itulah intinya (beri kebebasan suara kepasda mahasiswa). Perjuangan memansuhkan AUKU, kalau kita kenang daripada dulu sampai sekarang, akhirnya harus diberi kredit kepada mahasiswa. 

“Sebab yang menggerakkannya mahasiswa, yang menerima kesannya mahasiswa, yang menanggung akibatnya mahasiswa, yang digantung mahasiswa, dibuang mahasiswa, didakwa mahasiswa, dihukum mahasiswa. Jadi… memang kita kena bagi kredit itu kepada mereka,” katanya.

Terdahulu , Anwar yang juga Presiden PKR ketika menyampaikam ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional Keadilan 2026 mengumumkan kerajaannya akan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30).

Perdana Menteri berkata, biarpun beberapa pindaan sudah dibuat sebelum ini, namun ada perkara yang masih belum memuaskan mahasiswa.

AUKU sudah tujuh kali dipinda sejak ia diperkenalkan pada 1971, dengan pindaan pada 2012 membenarkan mahasiswa menyertai kegiatan anjuran parti politik di luar kampus.

Akta terbabit turut dipinda pada 1971, 1975, 1983, 1996 dan 2009.

Pindaan terbaru pada 2024 lalu menyaksikan tindakan tatatertib ke atas pelajar di universiti awam tidak lagi tertakluk di bawah kuasa Naib Canselor, sebaliknya akan diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib Pelajar iaitu menerusi pindaan Seksyen 16B AUKU.

Selain itu, pindaan menyaksikan penambahbaikan kepada Seksyen 15A AUKU yang membenarkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan badan pelajar untuk memungut wang dan menerima sumbangan dalam apa cara sekali pun tertakluk kepada peraturan dan undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa.

Related Posts

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

KETEGASAN dan ketenangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan berkaitan konflik Gaza, Israel dan Iran dalam satu wawancara bersama stesen televisyen India, Thanti TV baru-baru ini mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan transit bagi sebarang penghantaran kargo yang menyokong atau menyumbang kepada operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel