RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

PUTRAJAYA – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bukanlah pengganti kepada siasatan jenayah dan pembuktian di mahkamah, namun memberikan asas kukuh untuk penyiasatan menyeluruh, bebas dan profesional.

Presiden Pertubuhan Asas Bina Negara (Asabina), Rosdi Amir berpandangan, pendedahan laporan serta perbahasan RCI Tabung Haji (TH) di Parlimen tidak seharusnya menjadi titik noktah atau ‘tutup fail’ terhadap isu terbabit.

Namun, menurut beliau, RCI seharusnya menjadi titik permulaan kepada tindakan penguatkuasaan, pemulihan aset, pembaharuan undang-undang dan reformasi institusi yang menyeluruh.

“Angka pelaksanaan yang diumumkan kerajaan iaitu kira-kira 75 peratus daripada 25 syor RCI dilaksanakan tidak memadai. Sehubungan itu, kerajaan dan TH perlu melaksanakan langkah-langkah drastik. Angka hanya tinggal angka.

“Ukuran sebenar kejayaan RCI ialah sama ada wang dan aset berjaya dipulihkan dan dikembalikan, pihak yang melakukan kesalahan dipertanggungjawabkan, kelemahan undang-undang diperbaiki serta penyelewengan sama tidak lagi boleh berulang,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Khamis.

Mengulas lanjut, Rosdi berkata, keperluan untuk Tabung Haji menyediakan papan pemuka awam bagi kesemua 25 syor RCI dalam memberi akses kepada rakyat khususnya pendeposit mengikuti dan mengetahui secara dekat perkembangan tindakan dilaksanakan kerajaan.

“Setiap syor hendaklah disertakan dengan status pelaksanaan sebenar, agensi dan pegawai yang bertanggungjawab, tarikh mula dan tarikh sasaran, tindakan yang telah diselesaikan, bukti atau hasil pelaksanaan, petunjuk prestasi dan keberkesanan, sebab kelewatan bagi syor yang belum dilaksanakan.

“Istilah seperti ‘telah dilaksanakan’ tidak boleh digunakan hanya kerana suatu mesyuarat, pekeliling atau prosedur baharu diwujudkan. Pelaksanaan mesti dinilai berdasarkan perubahan sebenar dan keberkesanannya mencegah kerugian serta salah guna kuasa,” katanya.

Sementara itu, Rosdi menegaskan, pendakwaan tanpa mengira kedudukan atau pengaruh individu perlu dilaksanakan jika terdapat bukti mencukupi di samping prinsip kedaulatan undang-undang dan hak kepada perbicaraan adil mesti dihormati.

“Tindakan undang-undang mesti diambil terhadap individu berkenaan tanpa mengira kedudukan politik, jawatan terdahulu, hubungan perniagaan atau pengaruh individu berkenaan.

“Pegawai atau individu yang masih memegang jawatan berkaitan hendaklah direhatkan sementara sekiranya kedudukan mereka boleh menjejaskan siasatan, tertakluk kepada undang-undang dan tatacara yang adil,” katanya.

Tambahnya, keperluan juga melaksanakan audit forensik menyeluruh, menubuhkan pasukan petugas khas pemulihan aset TH serta mengemaskini Akta Tabung Haji 1995 secara menyeluruh.

“Pada masa sama, tubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Khas Parlimen, mereformasi sistem pelaburan dan perolehan TH, menubuhkan unit integriti dan ombudsman pendeposit yang benar-benar bebas,” katanya.

Related Posts

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

KETEGASAN dan ketenangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan berkaitan konflik Gaza, Israel dan Iran dalam satu wawancara bersama stesen televisyen India, Thanti TV baru-baru ini mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan transit bagi sebarang penghantaran kargo yang menyokong atau menyumbang kepada operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera