Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

PEMUDA DAP (DAPSY) mempersoal kegagalan Pas menoktahkan isu perjudian ketika ia menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan, meskipun perkara berkenaan sekian lama menjadi antara perjuangan parti itu.

Setiausaha Kebangsaan DAPSY, Lim Chun Weng berkata, Pas ketika itu mempunyai wakil dalam Kabinet, termasuk seorang pemimpinnya yang memegang portfolio hal ehwal agama.

Dia berkata, Pas tidak sepatutnya memutarbelitkan keputusan mahkamah sehingga menimbulkan gambaran bahawa mengundi parti itu menjadi ukuran keimanan seseorang Islam.

“Orang Islam tetap dilarang berjudi berdasarkan hukum agama dan undang-undang syariah,” katanya pada kenyataan hari ini.

Chun Weng berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP) bahawa umat Islam ‘wajib’ mengundi Pas bagi memastikan pengeluaran dan pembaharuan lesen premis perjudian dihentikan.

Kata Chun Weng lagi, Pas mempunyai peluang untuk melaksanakan dasar berkaitan perjudian ketika berada di Putrajaya namun gagal berbuat demikian.

Dia turut mengingatkan Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad pernah dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Agama Islam ketika pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dari Ogos 2021 hingga Oktober 2022.

“Jika benar umat Islam wajib mengundi Pas supaya parti itu dapat menguasai Putrajaya dan menoktahkan perjudian, mengapa perkara tersebut tidak dilakukan ketika Pas berada dalam Kerajaan Persekutuan, malah memegang portfolio hal ehwal agama,” soal Chun Weng.

Katanya, Pas tidak boleh bertindak seolah-olah parti itu tidak pernah mempunyai kuasa di peringkat persekutuan kerana pernah mempunyai wakil dalam Kabinet dan berpeluang mengemukakan cadangan pindaan terhadap undang-undang berkaitan perjudian.

Malah, katanya kekerapan cabutan khas nombor ramalan meningkat daripada lapan kepada 22 kali setahun ketika Pas berada dalam Kerajaan Persekutuan.

“Jika Pas benar-benar tidak bersetuju, mengapa mereka terus kekal dalam kerajaan,” soalnya.

Semalam, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kerajaan Kedah untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan yang membatalkan arahan menghentikan pengeluaran dan pembaharuan lesen premis judi.

Susulan itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP), Mohd Nor Hamzah menegaskan keputusan mahkamah tertinggi negara itu secara faktanya menunjukkan bahawa urusan perjudian terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan bukannya kerajaan negeri.

“Ini membuktikan bahawa kerajaan Pas di peringkat negeri kini telah berhabis daya, tenaga, dan menggunakan semaksimum mungkin ruang perundangan yang ada bagi menyekat kemungkaran ini.

“Segala usaha telah digembleng hingga ke titik batas kuasa (limitasi) di peringkat negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Chun Weng berkata, meskipun perjudian haram bagi umat Islam namun ia tidak bermakna Pas berhak memonopoli agama atau mendakwa umat Islam wajib mengundi parti berkenaan.

“Saya bukan beragama Islam dan saya tidak berhasrat mencampuri urusan hukum-hakam Islam.

“Namun, sebagai rakyat Malaysia, saya berhak mempersoalkan percanggahan antara kenyataan politik Pas hari ini dengan rekodnya ketika berkuasa,” katanya.

Jelas Chun Weng, keputusan mahkamah dalam kes membabitkan kerajaan Kedah hanya menyentuh bidang kuasa kerajaan negeri di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tidak bermaksud perjudian dihalalkan kepada umat Islam.

Menurutnya lagi, aktiviti perjudian haram, perjudian dalam talian dan sindiket perjudian perlu ditangani menerusi penguatkuasaan undang-undang yang tegas, pendidikan awam serta dasar yang berkesan.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap