Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

KUANTAN – Sejumlah RM5.5 juta diperuntukkan Kerajaan Pahang bagi memperkukuh bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukan itu disalurkan antaranya melalui pembangunan infrastruktur dan kemudahan latihan Pahang Skills, TVET Pahang Talent Development serta pembangunan Akademi Rel Pahang.

“Pendekatan kerajaan negeri mudah. Kita tidak mahu tunggu peluang datang, baru kita hendak sediakan tenaga kerja. Kita mahu sediakan bakat terlebih dahulu.

“Apabila pelaburan masuk, industri berkembang dan peluang pekerjaan terbuka, anak-anak Pahang sudah bersedia untuk mengisinya,” katanya, lapor Berita Harian.

Wan Rosdy berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr Shamsuri Abdullah.

Mengulas POLISAS yang ditubuhkan sejak 1976 dan melahirkan 60,000 graduan, beliau berkata, POLISAS mempunyai peranan yang sangat besar dan mahu politeknik itu terus menjadi antara rakan strategik kerajaan negeri dalam membangunkan ekosistem TVET Pahang.

“Pada masa sama, hubungan dengan industri juga perlu diperkukuh. Kita mahu apa yang dipelajari di dalam kelas benar-benar boleh digunakan apabila graduan masuk ke alam pekerjaan.

“Jangan lihat POLISAS hanya sebagai tempat untuk mendapatkan diploma. Anggaplah POLISAS sebagai tempat untuk membina diri dan menentukan masa depan.

“Semoga POLISAS terus unggul sebagai institusi TVET dan terus melahirkan anak-anak muda yang berilmu, berkemahiran dan berakhlak serta terus menjadi antara pemacu pembangunan Pahang dan juga negara,” katanya.

Related Posts

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

KUCHING – Usaha memacu literasi digital dan pemahaman tentang teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan komuniti terus diperhebat menerusi penganjuran program AI Talks Edisi Ke-2 yang berlangsung di Atrium Utama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional menerusi rundingan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera