Asap dari Kalimantan Barat punca jerebu, tangguh aktiviti luar bilik darjah

KUCHING  Keadaan cuaca di Sarawak merekodkan penurunan kualiti udara berikutan masalah jerebu rentas sempadan yang berpunca daripada tiupan angin membawa asap dari Kalimantan Barat.

Situasi tersebut menyebabkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kebanyakan kawasan merekodkan tahap tidak sihat dengan kawasan sempadan Tebedu mencatatkan bacaan tertinggi melebihi paras 200.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, stesen kualiti udara di sekitar selatan Sarawak turut mencatatkan bacaan IPU melebihi 150 dengan Kuching merekodkan bacaan sehingga 175, diikuti Samarahan (174), Sri Aman (161) dan Sibu (151).

Menurut beliau, hampir keseluruhan kawasan di negeri ini kini mencatatkan bacaan IPU melebihi 100 kecuali di beberapa kawasan di utara Sarawak.

“Oleh itu, kita menasihatkan orang awam yang menjalankan aktiviti di luar supaya sentiasa berjaga-jaga kerana kualiti udara sudah berada dalam keadaan tidak sihat.

“Kita amat mengalu-alukan terutamanya pihak sekolah supaya mengelakkan atau menangguhkan sebarang penganjuran aktiviti di luar bilik darjah untuk pelajar,” katanya ketika ditemui oleh wartawan berhubung situasi jerebu pada Rabu.

Mengulas mengenai cadangan pelaksanaan operasi pembenihan awan berikutan keadaan jerebu yang berlarutan memasuki hari ketiga, Len Talif menjelaskan bahawa kerajaan negeri belum merancang untuk melaksanakannya pada masa ini.

Jelasnya, ketetapan tersebut dibuat bersandarkan ramalan cuaca semasa yang menjangkakan kebarangkalian sekurang-kurangnya 30 peratus hujan di Sarawak menjelang Jumaat atau Sabtu ini.

“Pada setakat ini kita belum lagi berusaha untuk mengadakan pembenihan awan kerana ramalan cuaca menunjukkan ada sedikit hujan dalam sehari dua ini.

“Kita memantau keadaan dari semasa ke semasa agar ia tidak menjadi lebih teruk.

Kita berdoa agar hujan turun sama ada di sini (Sarawak) mahupun di belah Kalimantan bagi meredakan sumber jerebu berkenaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak sedang melakukan pemantauan bacaan IPU pada setiap jam bagi memastikan tahap kesiapsiagaan sentiasa berada di tahap maksimum.

Meskipun segala persiapan rapi telah diatur, beliau secara peribadi optimis bahawa paras kualiti udara di Sarawak tidak akan meruncing sehingga mencecah tahap ekstrem 500, berbanding bacaan IPU di Pontianak yang kini dilaporkan telah mencecah angka 300.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia