Abdul Karim seru kontinjen Sarawak pertahankan gelaran juara SUKMA

KUCHING – Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menyeru kontinjen negeri itu membuktikan keupayaan sebenar dengan mempertahankan gelaran juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor.

Menurut beliau, kemenangan pada 2024 selepas 30 tahun menanti adalah detik paling bermakna, namun ujian sebenar kini adalah mengekalkan kejuaraan tersebut di tempat lawan.

“Sebab itu, wira dan wirawati Sarawak pikul tanggungjawab besar. Bawalah semangat pahlawan ‘Agi Idup, Agi Ngelaban’ (Selagi Hidup, Selagi Itu Melawan) ke Selangor dan jadikan seluruh rakyat Sarawak bangga,” katanya berucap pada majlis penyerahan bendera kontinjen Sarawak ke SUKMA dan Para SUKMA pada Isnin. 

Mengulas lanjut mengenai temasya di Selangor, Abdul Karim mengingatkan para atlet dan pegawai agar bersiap sedia menghadapi sebarang cabaran logistik. 

Beliau menjelaskan, langkah penganjur memecahkan lokasi pertandingan kepada sembilan daerah berbeza menuntut tahap kesiapsiagaan yang tinggi dari segi penyesuaian penginapan dan makan minum.

Menyentuh soal sasaran pingat, beliau meletakkan tanggungjawab di bahu Ketua Kontinjen (CDM) SUKMA, Datuk Gerald Rentap Jabu dan CDM Para SUKMA, Datuk Mohammad Razi Sitam untuk memastikan lagu kebanggaan, Ibu Pertiwi berkumandang di setiap venue.

“Saya mahu Ibu Pertiwi kedengaran setiap kali tamat acara akhir. Lagu ini hanya akan dilaungkan sekiranya kita berjaya mendapat tempat pertama. Itulah misi utama yang perlu dicapai,” tegas beliau.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan keyakinan terhadap persediaan rapi kontinjen negeri, termasuk inisiatif menganjurkan Sukan Sarawak (SUKSAR) dan pendedahan latihan di luar negara. Sebahagian atlet juga dilapor sudah mula berkampung di Selangor sebagai persediaan awal sebelum majlis perasmian.

Related Posts

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

KUANTAN – Tiga projek Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) di bawah Kementerian Ekonomi akan dilaksanakan di kawasan Tanjung Lumpur dekat sini untuk kemudahan warga petani di situ. Ketua Cabang PKR Kuantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

KOTA KINABALU – Kerajaan berhasrat memperkenalkan dan menguji teknologi ‘direct to device’ daripada satelit terus ke telefon bimbit dalam pelaksanaan Program JENDELA Fasa Dua bagi memperluas liputan komunikasi khususnya di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

  • By Ithma
  • August 10, 2026
‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor

Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor

Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?

Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?

Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini

Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini