Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

BEAUFORT – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) tampil dengan pendekatan baharu menerusi aktiviti berjalan kaki pada program Langkah Jiwa Merdeka bagi mendekati masyarakat dan menyemarakkan semangat patriotisme sempena Bulan Kemerdekaan serta Hari Sabah.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Isnin Aliasnih @ Liasnih berkata, program berkenaan membolehkan peserta konvoi berinteraksi secara lebih dekat dengan masyarakat selain bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang.

“Pendekatan berjalan kaki memberi pengalaman berbeza berbanding konvoi kenderaan yang dilaksanakan sebelum ini, namun matlamatnya kekal sama iaitu mendekati dan menyantuni rakyat.

“Program yang dilaksanakan secara sederhana itu mampu memberi kesan mendalam kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan selepas Program Langkah Jiwa Merdeka di Tamu Mingguan Dataran Bagandang, pada Ahad.


Dalam pada itu, beliau turut menolak pandangan bahawa program mengibarkan Jalur Gemilang merupakan satu pembaziran, sebaliknya menyifatkannya sebagai usaha penting untuk meningkatkan kesedaran dan semangat patriotisme masyarakat.

Mengulas lanjut, Isnin menyifatkan pendekatan turun padang itu juga membolehkan pihaknya melihat sendiri aktiviti masyarakat, termasuk penglibatan golongan muda dalam bidang perniagaan.

“Hasil tinjauan mendapati terdapat peniaga muda yang mampu memperoleh pendapatan antara RM150 hingga RM500 sehari.

“Perkembangan itu membuktikan peluang ekonomi sentiasa tersedia kepada golongan muda sekiranya mereka berusaha merebut peluang yang ada, selain yakin golongan berkenaan mampu terus maju ke hadapan,” ujarnya.

Terdahulu, Isnin turut merasmikan Jualan Rahmah MADANI di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Beaufort selain beramah mesra bersama warga emas.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan