Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

KAMPUNG GAJAH – Cubaan seorang lelaki menyimpan pelbagai jenis dadah termasuk heroin, methamphetamine dan cecair vape disyaki mengandungi ketamin terbongkar selepas diserbu polis di sebuah rumah di Kampung Teluk Saga, di sini, Rabu lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam, 6 Ogos itu, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak menahan seorang lelaki Melayu di ruang tamu rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, pemeriksaan lanjut menemukan sembilan paket plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki heroin dengan anggaran berat kasar 146.33 gram.

Katanya, polis turut menemukan enam paket plastik lutsinar disyaki methamphetamine seberat 24.70 gram, selain 17 keping aluminium foil mengandungi 170 biji pil disyaki Erimin 5 dengan anggaran berat kasar 53.38 gram.

“Turut dirampas 41 paket plastik bergambar kartun yang setiap satunya mengandungi satu katrij vape berisi cecair disyaki mengandungi dadah jenis ketamin, dengan anggaran berat kasar 360.80 gram dan anggaran isipadu 123 mililiter.

“Keseluruhan bahan yang dirampas dianggarkan bernilai RM29,991.50,” katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.

Hafezul Helmi berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Susulan tangkapan itu, JSJN Perak turut menyita sebuah kereta Proton Waja, sebuah motosikal Honda RS150 dan wang tunai berjumlah RM3,372.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula 7 hingga 13 Ogos ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurut beliau, kejayaan berkenaan hasil kerjasama berterusan antara masyarakat dengan pihak berkuasa dalam menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan penyalahgunaan dadah.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya terus menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan dipertingkatkan demi memastikan Perak bebas daripada jenayah berkenaan.

Related Posts

PRO-DR 2026 Saratok sedia belia hadapi cabaran ekonomi digital

SARATOK – Golongan belia digalakkan memanfaatkan laluan pendidikan, TVET dan STEM bagi memperkukuh daya saing serta memenuhi keperluan tenaga kerja dalam ekonomi digital. TVET merujuk kepada Pendidikan Latihan Teknikal dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Sabah kenal pasti pakar atasi krisis petugas kesihatan

TAWAU – Kerajaan Sabah sedang giat mengenal pasti serta menarik lebih ramai tenaga pakar termasuk dari Semenananjung bagi menangani isu kekurangan petugas kesihatan di negeri ini. Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Herdman mangsa kritikan lepas Indonesia gagal ke final Piala ASEAN

Herdman mangsa kritikan lepas Indonesia gagal ke final Piala ASEAN

Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

PRO-DR 2026 Saratok sedia belia hadapi cabaran ekonomi digital

PRO-DR 2026 Saratok sedia belia hadapi cabaran ekonomi digital

Kerajaan Sabah kenal pasti pakar atasi krisis petugas kesihatan

Kerajaan Sabah kenal pasti pakar atasi krisis petugas kesihatan

Pelbagai kemudahan di Sarikei bakal dipertingkat, ekonomi baharu turut diteroka

Pelbagai kemudahan di Sarikei bakal dipertingkat, ekonomi baharu turut diteroka

Sabah fokus pendekatan holistik lindungi kanak-kanak dari ancaman digital – Rina

Sabah fokus pendekatan holistik lindungi kanak-kanak dari ancaman digital – Rina