Polis tahan lelaki disyaki hina institusi diraja Perlis

KANGAR – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun yang disyaki memuat naik hantaran di media sosial mengandungi unsur penghinaan terhadap institusi diraja Perlis berkaitan pengurniaan pingat kebesaran negeri.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, pihaknya menerima enam laporan polis pada 31 Julai lalu berhubung hantaran yang tular di media sosial itu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

“Jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM50,000.

“Berhubung isu tersebut, polis telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki Melayu berusia 37 tahun yang berasal dari Perlis.

“PDRM memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan sensitiviti institusi diraja negeri Perlis serta boleh menimbulkan salah faham dan mengganggu keharmonian masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Muhammad Abdul Halim, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang komen, spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak di luar batasan, melanggar mana-mana peruntukan undang-undang sedia ada serta cuba mencetuskan provokasi atau menggugat keamanan negara,” ujarnya.

Katanya lagi, polis akan meneruskan siasatan mengikut peruntukan undang-undang dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan yang boleh menjejaskan keharmonian serta ketenteraman awam.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap