Kad pengenalan Malaysia simbol patriotisme, kunci agihan subsidi bersasar

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Luyang, Datuk Chan Foong Hin menegaskan kad pengenalan (MyKad) bukan sekadar dokumen pengenalan diri, tetapi juga lambang patriotisme dan instrumen penting dalam memastikan agihan subsidi kerajaan dilaksanakan secara lebih adil, telus dan bersasar kepada rakyat Malaysia.

Chan yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, semangat patriotisme dan nasionalisme dalam kalangan rakyat boleh dipupuk melalui kesedaran terhadap keistimewaan yang dimiliki sebagai warganegara Malaysia, termasuk manfaat yang diperoleh menerusi penggunaan MyKad.

“MyKad Malaysia merupakan antara kad pengenalan paling canggih di dunia kerana bukan sahaja berfungsi sebagai dokumen identiti, malah membolehkan rakyat menikmati pelbagai kemudahan dan bantuan yang disediakan kerajaan.

“Kalau kita lihat IC Malaysia, ia sebenarnya bertaraf antara yang terbaik dan ia lebih bernilai daripada Mastercard atau Visa Card dalam konteks manfaat yang diterima oleh rakyat.

“Kalau menggunakan Mastercard atau Visa Card, ia tidak menjamin seseorang itu boleh menikmati subsidi diesel atau subsidi petrol, tetapi apabila menggunakan MyKad sebagai pengesahan identiti, rakyat Malaysia yang layak boleh menikmati subsidi bahan api yang disediakan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2026, anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sabah, di sini pada Sabtu.

Chan menjelaskan, menerusi sistem sedia ada, rakyat yang layak boleh memperoleh kuota sehingga 200 liter petrol RON95 bersubsidi, manakala pemilik kenderaan diesel yang memenuhi syarat turut boleh menikmati bantuan menerusi Program BUDI Diesel.

“Sekiranya terdapat keperluan tertentu, kuota itu juga boleh ditambah sehingga menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 300 liter mengikut mekanisme yang ditetapkan kerajaan.

“Pendekatan menggunakan MyKad sebagai asas kelayakan adalah lebih praktikal berbanding pengelasan pendapatan seperti T20, M40 dan B40 yang sering menimbulkan kekeliruan.

“Saya berpendapat pendekatan ini jauh lebih baik kerana sukar untuk menentukan secara tepat sama ada seseorang itu benar-benar berada dalam kategori T20, M40 atau B40.

“Sebaliknya, apabila berpandukan MyKad, ia lebih jelas kerana bukan warganegara tidak akan menikmati subsidi yang dikhaskan kepada rakyat Malaysia,” ujarnya.

Tambahnya, pendekatan tersebut turut mencerminkan prinsip kesamarataan apabila semua rakyat Malaysia yang layak menerima manfaat subsidi tanpa mengira kategori pendapatan.

“Apabila menyentuh soal subsidi minyak, sama ada saya T20, M40 atau B40, kita menikmati hak yang sama sebagai rakyat Malaysia berdasarkan kelayakan yang ditetapkan.

“Inilah yang menunjukkan nilai kesaksamaan dan keadilan dalam kalangan rakyat Malaysia, selain memastikan subsidi kerajaan benar-benar dinikmati oleh mereka yang berhak,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pelaksanaan mekanisme berasaskan MyKad bukan sahaja mampu memperkukuh sistem penyasaran subsidi, malah membantu kerajaan mengurangkan ketirisan, mengelakkan penyalahgunaan oleh bukan warganegara serta memastikan setiap peruntukan awam memberi manfaat maksimum kepada rakyat Malaysia.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX