MIS sasar 6,740 peserta program Ziarah Mahabbah di Mukah

MUKAH – Majlis Islam Sarawak (MIS) menggerakkan 10 agensi Islam dan rakan strategik bagi menjayakan 46 program berimpak tinggi bersempena siri jelajah Ziarah Mahabbah 2026 Zon Tengah.

Yang Dipertua MIS, Datuk Misnu Taha berkata, program berskala besar yang tertumpu di daerah ini menyasarkan penglibatan keseluruhan seramai 6,740 peserta.

Menurut beliau, siri jelajah bertemakan ‘Ummah Maju Makmur’ itu bukan sekadar aktiviti bermusim.

Sebaliknya, inisiatif berkenaan bertindak sebagai jambatan ukhuwah yang menghubungkan institusi Islam, barisan pemimpin, dan rakyat.

“Pendekatan turun padang ini bertujuan untuk mendengar sendiri keperluan dan realiti masyarakat di peringkat akar umbi sebelum sebarang perancangan tindakan dibuat.

“Ia juga menjadi wadah penting untuk menghubungkan dasar kerajaan negeri dengan komuniti setempat bagi memperkukuh perkhidmatan, kebajikan, dakwah, serta pendidikan ummah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Ziarah Mahabbah MIS Zon Mukah-Kapit di Dataran Pehin Setia Raja pada Jumaat.

Majlis tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Mengulas mengenai pengisian program, Misnu menjelaskan bahawa siri jelajah kali ini sarat dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Antaranya ialah Muktamar Pengurusan dan Pengimarahan Masjid Sarawak, Program Khas Wanita, pengisian hal ehwal Islam, serta aktiviti berasaskan pendidikan dan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM).

Untuk rekod, Jelajah Ziarah Mahabbah 2026 dilaksanakan secara berperingkat mengikut tiga zon utama di seluruh Sarawak.

Jelajah itu telah bermula di Zon Selatan, sebelum diteruskan ke Zon Tengah yang meliputi Mukah, Kapit, Sibu, Sarikei, dan Betong, serta bakal melabuhkan tirainya di Zon Utara pada November depan.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan