Sarawak sambut Hari Pahlawan kenang jasa pasukan keselamatan

KUCHING – Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sarawak 2026 disambut meriah bagi mengenang pengorbanan para perwira yang mempertahankan kedaulatan negara.

Acara penuh bermakna itu telah berlangsung di Dataran Perayaan, Petrajaya dari jam 7 pagi hingga 9 pagi pada Jumaat.

Penganjuran istiadat berkenaan diterajui oleh Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) dengan kerjasama erat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak.

Menariknya, ia melibatkan penyertaan bersepadu daripada Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Selain itu, istiadat tersebut turut dijayakan oleh barisan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pesara polis.

Menurut kenyataan rasmi tersebut, sambutan pada tahun ini mengangkat tema ‘Mengenang Jasa, Mengukuh Pertahanan’.

Acara kenegaraan itu telah diserikan dengan keberangkatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Hadir sama selaku wakil Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Turut memeriahkan majlis Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah dan Panglima 1 Div, Mejar Jeneral Mohd Sobirin Mohd Yusof.

Mengulas lanjut berkenaan formasi perbarisan, seramai 460 anggota yang membentuk empat detasmen telah mengambil bahagian dalam istiadat tersebut.

Perbarisan tersebut diketuai oleh Pegawai Memerintah Rejimen Ke-10 Rejimen Sempadan, Leftenan Kolonel Ferry Shahrul Rizal Roslan.

Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja turut diberi penghormatan untuk melaksanakan Kawalan Kehormatan Utama dengan iringan Pancaragam PDRM Kontinjen Sarawak.

“Acara utama bermula dengan Hormat Diraja dan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama oleh Yang di-Pertua Negeri, disusuli nyanyian Lagu Negaraku,” jelas kenyataan itu.

Suasana bertukar hiba ketika ‘Tiupan Last Post’ dialunkan sebagai simbolik penghormatan kepada para pahlawan yang telah terkorban demi negara.

Kemudian, ia disusuli dengan ‘Tiupan Rouse’ yang melambangkan semangat untuk terus bangkit mempertahankan keamanan yang telah diwariskan.

Dalam pada itu, acara turut disajikan dengan tayangan montaj, persembahan koir, deklamasi sajak, serta sesi memperkenalkan penerima Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) rakyat Sarawak.

Selain menyaksikan istiadat penuh sejarah itu, orang ramai yang hadir turut berpeluang melihat pelbagai pameran aset ketenteraan yang disediakan.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX