“Kenapa dua pemimpin TH dibuang tanpa sebab di era Langkah Sheraton?” – Syahredzan

AHLI Parlimen Bangi, Syahredzan Johan menggesa dua bekas menteri yang dilantik sewaktu era Langkah Sheraton pada tahun 2021, memberikan penjelasan berhubung penamatan perkhidmatan dua pemimpin tertinggi Lembaga Tabung Haji (TH).

Ia susulan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mendapati bekas Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff dan bekas Pengerusinya, Tan Sri Md Nor Md Yusuf diberhentikan tanpa sebab. Suruhanjaya berpendapat mereka memberikan khidmat yang baik serta sedang melaksanakan penambahbaikan terhadap institusi itu.

Dua Menteri Agama pada waktu itu ialah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dilantik ketika pentadbiran Tan Sri Mahiaddin Md Yassin (1 Januari 2021 hingga 16 Ogos 2021).

Di bawah pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula, Menteri Agama waktu itu ialah Senator Datuk Idris Ahmad (30 Ogos 2021).

RCI mendapati Mohd Hasyudeen ditamatkan perkhidmatan pada 5 Mei 2021 sebelum tamat tempoh sebenar, manakala Md Nor pula ditamatkan perkhidmatan pada Oktober 2021 sebelum kontraknya berakhir.

“Memandangkan RCI secara jelas menyatakan bahawa penamatan mereka memberi kesan kepada proses penambahbaikan LTH, maka saya menyeru kedua-dua mantan Menteri Hal Ehwal Agama pada ketika itu untuk menjelaskan mengapa khidmat mereka berdua ini ditamatkan lebih awal.

“Apakah pertimbangan yang mewajarkan mereka ditamatkan perkhidmatan walhal mereka didapati sedang menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik sekali,” soal beliau.

Syahredzan berkata, beliau tidak menafikan bahawa menteri mempunyai kuasa dan budi bicara di bawah Akta Tabung Haji (Akta 535), namun menurut beliau, rakyat berhak tahu mengapa kedua-dua pemimpin tertinggi TH itu dibuang tanpa sebab.

Related Posts

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan transit bagi sebarang penghantaran kargo yang menyokong atau menyumbang kepada operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang berada di Yaman, khususnya di sekitar Mocha dan Taiz, dinasihatkan supaya kekal di lokasi selamat susulan perkembangan terkini di negara berkenaan. Kedutaan Besar Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang