RCI TH dimula zaman Tun M, siap zaman Ismail Sabri

PORT DICKSON – Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan Lembaga Tabung Haji (TH) dibuat ketika era pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, laporan RCI itu pula siap ketika era pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) memaklumkan, pihaknya perlu menjelaskan perkara itu memandangkan banyak pihak mempersoalkan mengapa laporan RCI TH itu tidak didedahkan lebih awal.

“Dia (Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain) kata kerosakan terlalu banyak, kerugian terlalu banyak. Salah guna kuasa terlalu banyak.

“Biar kami siasat, tetapi RCI dah buat, tapi kami nak baiki. Kalau disebarkan waktu itu, tiga tahun yang lalu, rakyat yang menyimpan iaitu pencarum Tabung Haji akan lari habis. Jadi, dia kata jangan terbitkan dulu,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada program Munajat Perdana di Dewan Orang Ramai Linggi, pada Khamis.

Hadir sama, Menteri Besar yang juga calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Sementara itu, Anwar menjelaskan, kerajaan dalam membantu membaik pulih TH ketika itu turut membuat keputusan supaya Kementerian Kewangan mengambil alih syarikat-syarikat kecil berkaitan TH yang berdepan kerugian untuk diselamatkan.

Manakala, ujarnya, syarikat-syarikat TH yang mencatatkan keuntungan dikekalkan untuk terus diuruskan di bawah pentadbiran TH.

“Malangnya, langkah kerajaan itu dijadikan modal politik kononnya pengurusan TH diserahkan kepada orang Cina memandangkan Menteri Kewangan ketika itu adalah pemimpin DAP, Lim Guan Eng.

“Maknanya, syarikat-syarikat Tabung Haji yang tak rugi, kekal dengan Tabung Haji. Syarikat-syarikat Tabung Haji yang rugi, pergi ke Kementerian Kewangan. Jadi, salahnya di mana?

“Kalau kita bagi yang rugi kepada Tabung Haji, yang untung balik kepada Kementerian Kewangan, saya fahamlah.

“Ini kerajaan ambil yang rugi, kerana apa? Sebab nak selamatkan pencarum yang berjuta-juta orang. Yang jadi pencarum dan menyimpan dengan Tabung Haji ini ramainya orang-orang kampung,” katanya.

Related Posts

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

PUTRAJAYA – Tiada mana-mana individu berada di atas undang-undang dan setiap yang disabitkan kesalahan mesti menjalani hukuman mengikut Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang sedia ada, tegas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR – Harga arang batu yang melonjak kepada AS$148 satu tan pada 10 September meningkatkan tekanan terhadap kos penjanaan elektrik negara, kata Menteri Ekonomi, Datuk Seri Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah