‘Duit dah ada, masjid masih tiada’, dakwa aduan kepada Jalaluddin tidak diambil tindakan

JELEBU – Impian penduduk Kampung Simpang Durian untuk melihat masjid baharu ibarat ‘masih bermimpi di siang hari’ apabila masih tiada sebarang tanda pembinaan dilaksanakan walaupun dana untuk menaik taraf kemudahan itu telah mencukupi.

Lebih mengecewakan, Ketua Kampung Simpang Durian, Shafie Ghazi berkata, isu terbabit telah diangkat kepada Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias namun tiada apa-apa tindakan susulan daripada wakil rakyat itu.

Beliau berpandangan, pendekatan diambil oleh penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang itu mencerminkan Jalaluddin terbukti meminggirkan suara masyarakat Melayu dan tidak menjadikan syiar Islam sebagai keutamaan.

“Saya selalu berhubung dengan Jalaluddin berhubung pembinaan baharu Masjid Simpang Durian… tapi tak dengar perkembangan berita pun tentang perkara terbabit. Beliau sebelum ini tekan kami agar (masjid) membantu mengumpul RM400,000.

“Kami sudah laksanakan perkara itu. Justeru, tolonglah kami penduduk di sini. kami berharap impian orang kampung ini dapat direalisasikan,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Khamis.

Mengulas lanjut, Shafie berkata, penduduk kini hanya mampu ternanti-nanti perkembangan projek berkenaan walaupuj peruntukan daripada kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri serta kutipan orang ramai sudah mencukupi.

Menurut beliau, dana berkenaan kini dikawal selia oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan pihaknya berharap proses pembinaan dapat dipercepatkan demi kepentingan penduduk setempat.

“Duit untuk membina masjid baharu Kampung Simpang Durian sudah cukup. Kerajaan pusat memperuntukkan RM6 juta, kerajaan negeri salur RM1.6 juta dan kira-kira RM400,000 daripada masjid hasil kutipan derma daripada orang ramai.

“Jumlah dah cukup cuma kami orang kampung di sini masih tertunggu-tunggu. Sudah setahun berlalu tanpa apa-apa berita. kutipan derma pun kita dah hantar kepada pihak berwajib. Jadi, mengapa projek masih tidak dilaksanakan lagi,” katanya.

Shafie berkata, masjid baharu itu akan dibina di tapak sedia ada selepas bangunan lama dirobohkan kerana keadaan masjid sekarang tidak lagi sesuai untuk menampung jumlah jemaah yang semakin bertambah.

Menurut beliau, walaupun berstatus Masjid Jamek, infrastruktur sedia ada tidak ubah seperti surau selain ruang solat yang terhad dan mempunyai banyak tiang menyebabkan keselesaan jemaah terjejas.

“Kita fikir 20 tahun akan datang, 10 tahun akan datang. Orang makin ramai tetapi masjid kecil. Duit ada kat situ. Cuma kami nak tahulah, apa episod seterusnya. Sampai bila kita nak tunggu,

“Takkan kita nak tunggu macam projek gajah putih perumahan, 16 tahun lagi? Duit ini dah cukup sejak saya menjadi Bendahari Masjid sebelum saya dipecat oleh ‘orang-orang Jalaluddin) kerana mempertahankan agar pembinaan masjid baharu disegerakan.

  • Related Posts

    ‘Kalau dapat 19 kerusi pun PH menang, tapi kalau 25 kerusi lagi kita bersyukur’

    PORT DICKSON – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun kekal optimis gabungan parti itu mampu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Menteri Besar yang…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Generasi kedua peneroka FELDA Sendayan rayu isu pampasan hampir 30 tahun diselesaikan

    SEREMBAN – Generasi kedua peneroka FELDA Sendayan merayu kerajaan negeri membantu menyelesaikan pertikaian pampasan pengambilan tanah yang didakwa berlarutan hampir 30 tahun sejak 1996. Wakil generasi kedua peneroka, Mohd Khairy…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Pendedahan RCI Tabung Haji perlu dijadikan iktibar

    Pendedahan RCI Tabung Haji perlu dijadikan iktibar

    Anwar beri Tuan Ibrahim 48 jam untuk minta maaf

    Anwar beri Tuan Ibrahim 48 jam untuk minta maaf

    Tidak benar RCI TH didedah demi raih undi PRN Negeri Sembilan

    Tidak benar RCI TH didedah demi raih undi PRN Negeri Sembilan

    RCI TH: Sah Tabung Haji bermasalah, pelaburan pula mencurigakan sebelum 2018

    RCI TH: Sah Tabung Haji  bermasalah, pelaburan pula mencurigakan sebelum 2018

    Sarawak perkukuh agenda STEM lahir peneraju ekonomi masa depan

    Sarawak perkukuh agenda STEM lahir peneraju ekonomi masa depan

    RCI TH: Naim sifatkan pengurusan Tabung Haji ‘wira yang tidak didendang’

    RCI TH: Naim sifatkan pengurusan Tabung Haji ‘wira yang tidak didendang’