11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

LUMUT – Sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas disyaki menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang daripada satu batu nautika dari pantai, kira-kira 0.1 batu nautika barat Pulau Pangkor, dekat sini, pada Isnin.

Vesel berkenaan ditahan pada kira-kira jam 6.25 petang oleh Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan operasi di perairan berkenaan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, hasil pemeriksaan mendapati vesel itu dikendalikan seorang tekong dan dua kru warga Malaysia, selain 11 kru warga Indonesia berusia antara 21 hingga 59 tahun.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati vesel terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen.

“Vesel ini disyaki menjalankan aktiviti penangkapan ikan kurang daripada satu batu nautika dari pantai, selain disyaki tidak diusahakan sendiri oleh pemegang lesen,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Pemeriksaan turut menemukan kira-kira 300 kilogram hasil tangkapan ikan bilis di atas vesel berkenaan.

Kesemua kru kemudian ditahan bagi membantu siasatan, manakala vesel, hasil tangkapan dan peralatan menangkap ikan turut dirampas.

Kesemua rampasan dibawa ke jeti sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia dalam pada itu menegaskan akan terus mempergiat rondaan dan operasi penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang serta peraturan yang berkuat kuasa, khususnya membanteras kegiatan perikanan yang melanggar syarat lesen di perairan negara.

Related Posts

Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

MARUDI – Sebuah helikopter sewa khas yang dipercayai membawa lima individu bagi perkhidmatan doktor udara dilaporkan terhempas di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang. Insiden nahas yang dilaporkan berlaku pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

KOTA KINABALU – Seorang pendaki warga Croatia yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Kinabalu ditemukan masih hidup pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR), Isnin. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

PDRM buka siasatan terhadap Presiden Pas

  • By Aden
  • September 8, 2026
PDRM buka siasatan terhadap Presiden Pas

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

  • By Ezmie
  • September 8, 2026
Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar