Sabah guna pendekatan bersepadu tangani konflik manusia-buaya

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah terus memperkukuh usaha menangani konflik antara manusia dan buaya menerusi pendekatan bersepadu yang menggabungkan tindakan operasi, pemantauan berasaskan sains serta kerjasama pelbagai agensi.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Dr. Andi Md Shamsureezal Mohd Sainal berkata, pendekatan yang dilaksanakan di Sabah berbeza dengan beberapa negeri lain seperti Sarawak yang menempatkan pasukan khas secara tetap di sungai-sungai.

“Sabah memilih pendekatan lebih fleksibel dengan menggerakkan sumber, kepakaran dan anggota mengikut lokasi serta tahap risiko konflik yang dikenal pasti.

“Pendekatan ini lebih sesuai dengan keadaan geografi Sabah yang mempunyai kawasan sungai, muara dan pesisir pantai yang luas serta taburan lokasi konflik yang pelbagai,” katanya ketika menjawab soalan lisan daripada ADUN Tanjung Aru , Datuk Wong Hong Jun pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-17 di sini, pada Khamis.

Menurut Andi, sejak 2023, kerajaan negeri menubuhkan Jawatankuasa Operasi Mitigasi Buaya Peringkat Negeri Sabah yang dipengerusikan Setiausaha Pejabat Hal Ehwal Negeri Sabah.

“Jawatankuasa itu melibatkan kerjasama Jabatan Hidupan Liar Sabah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan bagi menyelaras operasi, perkongsian maklumat serta tindakan segera di kawasan berisiko.

“Antara langkah yang dilaksanakan termasuk operasi bersepadu, pengurusan buaya berisiko berdasarkan penilaian Jabatan Hidupan Liar Sabah, program kesedaran awam, pemasangan papan tanda amaran dan kerjasama teknikal dengan pihak berkepakaran,” kongsinya.

Dalam pada itu, bagi perancangan jangka panjang di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), kerajaan negeri turut memberi tumpuan kepada pengurusan konflik hidupan liar secara menyeluruh yang merangkumi konflik melibatkan buaya, gajah, monyet dan spesies hidupan liar lain.

“Pendekatan itu memberi penekanan kepada pemantauan berterusan, penyelidikan saintifik, penglibatan komuniti serta pengukuhan kapasiti agensi pelaksana bagi memastikan pengurusan konflik hidupan liar dilaksanakan secara lebih mampan dan berkesan.

“Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh pengurusan konflik manusia-buaya melalui pendekatan berasaskan sains, tindakan operasi yang berkesan, kerjasama antara agensi dan penglibatan komuniti bagi memastikan keselamatan rakyat terus terpelihara di samping mengekalkan kelestarian biodiversiti Sabah,” ujarnya.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit