Sawit Kinabalu lancar buletin integriti, perkukuh budaya tadbir urus cemerlang

KOTA KINABALU – Kumpulan Sawit Kinabalu (SKG) melakar satu lagi pencapaian dalam memperkukuh budaya integriti apabila melancarkan Buletin Integriti Edisi Pertama 2026, sekali gus menegaskan komitmen syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah itu terhadap amalan tadbir urus yang baik, ketelusan, akauntabiliti dan pencegahan rasuah.

Pengerusi SKG, Datuk Hazem Mubarak Tun Musa berkata, buletin itu menjadi platform rasmi untuk meningkatkan kesedaran mengenai integriti, pematuhan dan governans serta berkongsi inisiatif Divisyen Integriti dan Governans Kumpulan Sawit Kinabalu.

“Pembudayaan integriti perlu menjadi asas kepada setiap tindakan dan keputusan organisasi demi memastikan syarikat terus berkembang secara mampan serta mendapat kepercayaan rakyat dan pihak berkepentingan,” katanya dalam satu kenyataan media selepas membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini pada Selasa.

Menurut Hazem, penerbitan Buletin Integriti Edisi Pertama 2026 membuktikan kesungguhan Kumpulan Sawit Kinabalu untuk menjadikan integriti bukan sekadar dasar organisasi, tetapi budaya kerja yang diamalkan secara menyeluruh dalam usaha memacu kecemerlangan dan kelestarian syarikat.

Sebagai simbol komitmen tersebut, beliau telah menyerahkan Buletin Integriti Edisi Pertama 2026 kepada Hajiji, sebagai makluman mengenai usaha berterusan SKG dalam memperkukuh integriti, tadbir urus dan ketelusan sebagai antara tonggak utama pengurusan organisasi.

Dalam pada itu, Hajiji menyambut baik inisiatif berkenaan dan berharap SKG terus memperkasa pelaksanaan program integriti serta pencegahan rasuah, sekali gus menjadi penanda aras kepada GLC lain di negeri ini dalam mengamalkan budaya kerja yang beretika, telus dan berakauntabiliti.

Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Victor Ationg, bersama wakil Divisyen Integriti dan Governans SKG.

Related Posts

INSAF Malaysia agih bakul makanan, vitamin C kepada pelajar B40

KUANTAN – Seramai 20 keluarga kurang berkemampuan (B40) dari dua sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Inderapura menerima sumbangan bakul makanan dan vitamin C, pagi tadi. Pemilihan penerima sumbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI Diesel lebih fleksibel, beri kelegaan pengguna luar bandar

TAWAU – Penambahbaikan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) disambut baik pengguna khususnya mereka yang tinggal jauh dari bandar dan perlu menanggung penggunaan bahan api yang tinggi bagi urusan harian serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

INSAF Malaysia agih bakul makanan, vitamin C kepada pelajar B40

INSAF Malaysia agih bakul makanan, vitamin C kepada pelajar B40

BUDI Diesel lebih fleksibel, beri kelegaan pengguna luar bandar

  • By Fatin
  • September 17, 2026
BUDI Diesel lebih fleksibel, beri kelegaan pengguna luar bandar

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi