Tiada arahan letak jawatan, PMX hanya titip pesan kekalkan disiplin ketika berkempen

JEMPOL – Tiada arahan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mana-mana menteri atau timbalan menteri yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) meletakkan jawatan setakat ini.

Sebaliknya, jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, Anwar hanya mengingatkan supaya setiap daripada mereka mengekalkan semangat perpaduan serta mengutamakan disiplin dan profesionalisme sepanjang tempoh berkempen.

Menurut beliau, Perdana Menteri memahami proses demokrasi sememangnya membuka ruang kepada perbezaan pandangan dan pertandingan politik seperti yang berlaku dalam beberapa pilihan raya negeri sebelum ini.

“Setakat ini belum ada apa-apa arahan daripada Perdana Menteri. Cuma peringatan agar semua yang berkhidmat dalam Kerajaan Perpaduan mengekalkan semangat perpaduan. Ia juga peringatan supaya kita memastikan aspek disiplin dan profesionalisme sentiasa dipelihara ketika berkempen.

“Perdana Menteri memandang proses demokrasi itu memang seperti ini, membolehkan perbezaan pandangan dan pendapat. Malah, jika kita lihat beberapa PRN sebelum ini, parti-parti juga bertanding secara berasingan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Ziarah Kasih bersama calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, G. Manivanan di Felda Palong 2, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, Perdana Menteri turut menegaskan kepentingan semua pemegang jawatan dalam Kerajaan Perpaduan untuk terus saling menghormati walaupun wujud perbezaan politik sepanjang kempen PRN.

“Yang ditegaskan adalah semua yang memegang jawatan dalam Kerajaan Perpaduan mesti saling hormat-menghormati. Itu yang penting.

“Kita juga tahu setiap tindakan kerajaan Persekutuan mempunyai implikasi terhadap persepsi, khususnya dalam kalangan pelabur tempatan dan luar negara.

“Perdana Menteri turut mengambil kira aspek tersebut dalam menguruskan perbezaan yang mungkin timbul sepanjang proses demokrasi berlangsung,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan beliau bersedia melepaskan jawatan sebagai anggota Kabinet sekiranya diarahkan oleh Perdana Menteri.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata, sekiranya seseorang menteri tidak lagi dikehendaki, tiada keperluan untuk terus menunggu bagi melepaskan jawatan.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA