‘Saya sudah lama bersama masyarakat di Repah’ – Veerapan mohon mandat baharu

TAMPIN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Repah, Veerapan Superamaniam memohon mandat baharu daripada pengundi bagi meneruskan agenda pembangunan dan kebajikan rakyat yang telah diperjuangkannya sejak lebih 15 tahun lalu.

Sebagai penyandang selama empat penggal, beliau sentiasa komited mendengar denyut nadi rakyat serta menyelesaikan pelbagai isu yang dihadapi penduduk setempat.

“Saya sudah lama bersama masyarakat di Repah. Tugas saya bukan sekadar menjadi wakil rakyat, tetapi memastikan setiap suara dan keperluan penduduk dibawa ke peringkat kerajaan untuk diberikan perhatian,” katanya menerusi media sosial.

Veerapan berkata, ketika menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang selepas Pilihan Raya Umum 2013, beliau tetap menjalankan tanggungjawab sebagai semak dan imbang terhadap kerajaan demi memastikan ketelusan dan keadilan terus dipelihara.

Katanya, pengalaman sebagai peguamcara dan peguambela sebelum menceburi politik membuktikan perjuangan bukan semata-mata mengenai kedudukan, sebaliknya amanah untuk membela kepentingan rakyat tanpa mengira berada di blok kerajaan atau pembangkang.

Beliau berkata, kemenangan PH pada 2018 membuka ruang kepadanya untuk berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), sekali gus membolehkan pelbagai dasar pembangunan dan kebajikan dilaksanakan demi manfaat rakyat Negeri Sembilan.

Menurutnya, kepercayaan yang terus diberikan pengundi sehingga penggal keempat menjadi bukti keyakinan rakyat terhadap kepimpinan yang konsisten, berintegriti dan sentiasa mendahulukan kepentingan masyarakat.

“Pengalaman berada di kedua-dua pihak, sebagai pembangkang dan kerajaan, memberikan saya perspektif yang seimbang dalam membuat keputusan serta memperjuangkan kepentingan rakyat.

“Saya percaya politik adalah medan untuk berkhidmat, bukannya mengejar kuasa. Dengan sokongan rakyat, saya mahu terus membawa DUN Repah dan Negeri Sembilan ke arah masa depan yang lebih maju, inklusif dan sejahtera,” katanya.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan