Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.

Kedua-dua pemimpin membincangkan perkara itu dalam pertemuan dua hala di luar Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS Ke-18 di sini, hari ini.

Anwar berkata, perbincangan turut merangkumi aspek rantaian bekalan bersepadu, pembangunan bakat serta pelaburan dua hala dalam sektor semikonduktor.

Pada masa sama, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan memperkukuh komitmen Malaysia untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan dengan India, selain memperluas kerjasama dalam pelbagai sektor.

Beliau turut menekankan usaha memudah cara dan mempercepat eksport Malaysia ke India bagi memastikan potensi perdagangan dua hala dapat dimanfaatkan dengan lebih berkesan.

Perbincangan turut menyentuh peluang memperkukuh sektor pelancongan dan hubungan antara rakyat, termasuk menerusi penambahan jaringan penerbangan antara kedua-dua negara.

Anwar juga menzahirkan penghargaan atas sambutan mesra yang diberikan kepadanya serta memperkukuh hubungan persahabatan yang telah lama terjalin antara Malaysia dan India.

Anwar tiba di New Delhi malam tadi bagi menghadiri sidang kemuncak yang dihoskan Modi.Ini merupakan lawatan kedua beliau ke India selepas kunjungan pertama pada Ogos 2024.

Malaysia menyertai sidang kemuncak berkenaan sebagai negara rakan BRICS sejak 1 Januari 2025.

Kedua-dua negara menjalin hubungan erat sejak 1957, sebelum hubungan dua hala dipertingkatkan kepada perkongsian strategik komprehensif ketika lawatan pertama Anwar ke India.

India kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia di rantau Asia Selatan dengan nilai perdagangan dua hala mencecah RM79.49 bilion (AS$18.59 bilion) pada 2025.

Eksport utama Malaysia ke India merangkumi minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit, selain produk elektrik dan elektronik.

Malaysia pula mengimport produk pertanian, petroleum dan bahan kimia dari India.

Related Posts

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

KOTA KINABALU – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan pengendali platform e-dagang dan peniaga tempatan bagi menangani ketidakseimbangan persaingan yang semakin memberi tekanan kepada perniagaan fizikal, khususnya akibat penjualan produk pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima aduan berhubung penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan dan menyebarkan gambar serta video berunsur seksual yang didakwa membabitkan pelajar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan