Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

NEW DELHI – Malaysia dan Ethiopia membuka ruang lebih luas untuk kerjasama ekonomi menerusi penerokaan peluang dalam sektor produk halal, pertanian, jaminan makanan, farmaseutikal, perkhidmatan digital, tenaga boleh baharu dan pelancongan.

Peluang berkenaan antara perkara yang dibincangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri Ethiopia, Dr Abiy Ahmed Ali dalam pertemuan dua hala di luar Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS Ke-18 di sini.

Pertemuan itu memberi tumpuan kepada usaha memperluas hubungan ekonomi kedua-dua negara, khususnya dalam bidang yang berpotensi meningkatkan perdagangan, pelaburan dan penyertaan sektor swasta.

Kerjasama ekonomi halal antara Malaysia dan Ethiopia dilihat mempunyai potensi besar, termasuk dalam aspek produk halal, pensijilan, pemprosesan makanan serta industri berkaitan.

Pada masa sama, sektor pertanian dan jaminan makanan turut dikenal pasti sebagai bidang yang boleh diperluas bagi memperkukuh ketahanan rantaian bekalan makanan serta meningkatkan produktiviti pertanian.

Peluang kerjasama turut terbuka dalam sektor farmaseutikal dan perkhidmatan digital menerusi pendekatan perniagaan ke perniagaan (B2B), perkongsian teknologi serta pertukaran pengetahuan dan kepakaran.

Tenaga boleh baharu dan pelancongan juga antara bidang yang berpotensi diterokai dengan lebih mendalam, termasuk melalui peluang pelaburan dan kerjasama teknikal.

Kerjasama berkenaan selari dengan usaha Malaysia memperluas hubungan ekonomi dengan negara-negara Afrika, selain membuka pasaran baharu kepada syarikat tempatan.

Dalam perkembangan berkaitan, Perundingan Dua Hala Malaysia-Ethiopia yang pertama dijadual berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun hadapan, yang dijangka menyediakan platform untuk kedua-dua negara mengenal pasti projek serta peluang komersial yang lebih khusus.

Platform itu juga boleh dimanfaatkan bagi memperincikan bidang kerjasama yang dikenal pasti, sekali gus menterjemahkan hubungan dua hala yang semakin rapat kepada peluang perdagangan dan pelaburan yang lebih nyata.

Related Posts

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

KOTA KINABALU – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan pengendali platform e-dagang dan peniaga tempatan bagi menangani ketidakseimbangan persaingan yang semakin memberi tekanan kepada perniagaan fizikal, khususnya akibat penjualan produk pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima aduan berhubung penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan dan menyebarkan gambar serta video berunsur seksual yang didakwa membabitkan pelajar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan