MCMC, PDRM siasat kandungan 3R hina Tuanku Muhriz, individu dirakam percakapan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalinkan kerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat kes penyebaran kandungan berunsur 3R (agama, kaum dan institusi diraja) yang didakwa menyentuh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

MCMC dalam satu kenyataan malam tadi memaklumkan seorang individu telah dipanggil bagi memberi rakaman percakapan untuk membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

“MCMC memandang serius penyebaran kandungan berunsur 3R, khususnya yang bersifat provokatif, menghina, menghasut kebencian atau boleh mencetuskan ketegangan awam,” menurut kenyataan itu.

Jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, suruhanjaya berkenaan mengingatkan semua pihak agar tidak memainkan isu berkaitan agama, kaum dan institusi diraja, terutama sepanjang tempoh kempen pilihan raya.

MCMC turut menasihatkan orang ramai supaya menggunakan platform media sosial secara beretika, berhemah dan bertanggungjawab, selain mengelakkan penyebaran kandungan berunsur hasutan, fitnah atau melampau yang boleh mengganggu keharmonian serta ketenteraman negara.

Related Posts

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang memperhalusi cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik dan menjangka ia dibentangkan pada sidang Parlimen tahun depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

KUALA LUMPUR – Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) memaklumkan kadar tambang perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) masih belum dimuktamadkan dan sebarang maklumat yang tular kini adalah tidak tepat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

  • By Ezmie
  • September 8, 2026
Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik