Fahmi mahu agensi komunikasi perkasa maklumat sahih, dekati gen Z dan Alpha

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menggesa semua jabatan dan agensi di bawah kementeriannya memperkukuh penyebaran maklumat sahih bagi mendekati Generasi Z dan Generasi Alpha yang semakin bergantung kepada platform digital.

Beliau berkata perubahan corak penggunaan media dalam kalangan generasi muda menuntut strategi komunikasi yang lebih berkesan bagi memastikan maklumat yang tepat dapat disampaikan kepada masyarakat.

Menurutnya, dapatan kaji selidik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menunjukkan aplikasi WhatsApp menjadi sumber maklumat utama bagi 87 peratus responden berusia antara 18 hingga 35 tahun, diikuti Facebook dan TikTok.

Bagaimanapun, katanya, tahap keyakinan terhadap maklumat yang diperoleh menerusi platform-platform berkenaan masih rendah, iaitu sekitar 46 hingga 47 peratus.

“Sebaliknya, media tradisional seperti surat khabar, televisyen dan radio terus dianggap sebagai sumber yang mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi.

“Mereka mungkin jarang membaca surat khabar, tetapi apabila melihat sesuatu berita disiarkan di media tersebut, mereka lebih yakin dengan kesahihannya. Berbeza dengan maklumat yang diterima melalui WhatsApp, mereka sendiri tidak pasti sama ada ia benar atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengarahkan semua jabatan dan agensi memperbanyakkan kandungan berunsur patriotik sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan yang berlangsung dari 19 Julai hingga 16 September ini.

Menurutnya, tempoh sambutan itu perlu dimanfaatkan untuk menyemarakkan semangat cintakan negara serta memperkukuh perpaduan rakyat.

“Saya melihat ini sebagai peluang terbaik untuk kita menghasilkan lebih banyak kandungan yang bukan sahaja meningkatkan kesedaran, malah mengingatkan rakyat tentang pentingnya hidup dalam suasana harmoni, aman damai dan bersatu padu di negara ini,” katanya.

Related Posts

Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Izzah titip penghargaan dalam ucapan akhir sebagai Timbalan Presiden PKR

AYER KEROH – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menyampaikan amanat akhirnya sebagai pemimpin nombor dua parti itu pada ucapan penggulungan Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera