Strategi kempen PH PRN Negeri Sembilan ikut keperluan, karakter lokaliti pengundi

JELEBU – Strategi kempen Pakatan Harapan (PH) disusun mengikut keperluan dan karakter setiap lokaliti bagi memastikan mesej parti dapat disampaikan secara lebih berkesan kepada pengundi ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, ini kerana setiap kampung memerlukan pendekatan berbeza dan jentera parti sentiasa bergerak mengikut perancangan ditetapkan.

“Kempen setakat ini berjalan dengan lancar, kawasan dalam DUN Chennah ini memang kita ada susunan tertentu di setiap tempat yang berlainan kerana kampung ada pendekatan berlainan.

“Semua calon PH juga telah memulakan gerak kerja kempen masing-masing dengan turun padang bertemu pengundi dan mendengar sendiri pandangan rakyat dalam tempoh tiga hari kempen bermula ini,” katanya kepada media selepas jelajah mesra bersama penduduk di Pekan Titi, pada Isnin.

Dalam pada itu, mengulas manifesto PH, Anthony yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah berkata, ia mengandungi pelbagai tawaran untuk manfaat rakyat dan akan diumumkan secara rasmi malam ini.

“Saya pun tunggu pengumuman malam ini, manifesto itu disediakan oleh jawatankuasa yang bertanggungjawab, dirundingkan dan dibincangkan sebelum dimuktamadkan. Jadi kita tunggu pelancaran rasmi malam ini,” katanya.

Anthony yang juga Menteri Pengangkutan berdepan saingan satu lawan satu dengan Siow Kong Choon dari Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan kerusi DUN Chennah yang disandangnya sejak 2013.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pengundian awal bagi PRN Negeri Sembilan pada 28 Julai ini manakala hari mengundi 1 Ogos.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar