KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KOTA KINABALU – Kementerian Kerja Raya (KKR) terus memperkukuh agenda pendigitalan sektor pembinaan negara menerusi penganjuran Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya Malaysia 2026 yang menghimpunkan pengurusan tertinggi dan pegawai teknikal dari seluruh negara di Kota Kinabalu.

Menurut KKR, program berlangsung selama tiga hari bermula 19 hingga 21 Julai di salah sebuah hotel terkemuka di sini bertemakan “Game Changer Pembinaan: Memperkasa Pendigitalan dalam Ekosistem Pembinaan Pintar” menjadi platform kerjasama antara KKR, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, JKR Sabah, JKR Sarawak serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

“Seramai 140 peserta terdiri daripada pengurusan tertinggi dan pegawai teknikal sektor pembinaan menghadiri program berkenaan, dengan Sabah menjadi tuan rumah dan disertai Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam.

“Sektor pembinaan kini sedang melalui transformasi daripada kaedah konvensional kepada penggunaan teknologi digital seperti Industrial Building System (IBS) dan Building Information Modelling (BIM).

“Penggunaan teknologi itu mampu mengurangkan percanggahan reka bentuk, mengoptimumkan kos projek, mengurangkan pembaziran bahan binaan selain membuka lebih banyak peluang kepada tenaga kerja tempatan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.

Pada masa sama, KKR menyasarkan perubahan imej sektor pembinaan daripada industri yang sinonim dengan konsep 3D (Dirty, Dangerous and Difficult) kepada sektor 1D iaitu dignified.

Selain itu, program turut memfokuskan perkongsian amalan terbaik daripada projek mega nasional seperti ECRL, pembentangan cabaran pelaksanaan projek berimpak tinggi termasuk Lebuhraya Pan Borneo Sabah, serta kepentingan penyelenggaraan aset sebagai pelaburan jangka panjang demi keselamatan rakyat.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit