Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

KOTA KINABALU – Sabah secara rasmi menyertai Deklarasi Data Aset Jalan (DDJ) bagi memperkukuh pengurusan data aset jalan secara lebih bersepadu, sistematik dan telus di peringkat nasional.

KKR dalam kenyataan medianya berkata, majlis menandatangani deklarasi itu melibatkan Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Kerja Raya dan Utiliti Sabah (KKRUS) serta Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP).

“Hasil pengumpulan data menunjukkan Sabah mempunyai rangkaian jalan negeri sepanjang 20,323.402 kilometer, manakala 1,637.944 kilometer jalan Persekutuan di negeri itu berada di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya Malaysia.

“Menerusi DDJ, Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan akan menggunakan rekod standard melibatkan 21 kategori data termasuk pemilik jalan, nama jalan, lokasi serta aset berkaitan seperti jambatan, lampu jalan dan lampu isyarat.

“Inisiatif ini menjadi asas kepada transformasi pengurusan aset jalan negara melalui penggunaan analitik ramalan (Predictive Analytics) bagi menyokong perancangan pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur secara lebih cekap,” ujar kenyataan tersebut pada Ahad.

Dalam pada itu, KKR memaklumkan, menjelang tahun 2030, kementerian itu menyasarkan sekurang-kurangnya 80 peratus data aset jalan direkodkan mengikut Tatacara Umum Pengurusan Data Aset Jalan di bawah agenda Program MyJalan.

Tambahnya, sehingga Julai 2026, KKR telah menjalin kerjasama strategik dengan Kedah, Sarawak dan Terengganu, manakala penyertaan Sabah disifatkan sebagai langkah penting ke arah merealisasikan aspirasi “Satu Data, Satu Standard, Satu Ekosistem Data Jalan Nasional.”

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar