England tewaskan Perancis 6-4, raih tempat ketiga terbaik Piala Dunia 2026

ENGLAND menewaskan Perancis 6-4 pada aksi penentuan tempat ketiga Piala Dunia yang penuh dramatik awal tadi, manakala Kylian Mbappe mencipta sejarah sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman kejohanan itu.

Kedua-dua pasukan mengharapkan pencapaian lebih besar pada Piala Dunia 2026 tetapi terpaksa berpuas hati selepas tersingkir di separuh akhir.

Perancis tewas kepada Sepanyol manakala England dikecewakan Argentina selepas mensia-siakan kelebihan pada hujung perlawanan.

Kedua-dua jurulatih melakukan beberapa perubahan dalam cuaca panas terik di Miami dengan ramai pemain utama memulakan aksi di bangku simpanan.

Pengendali England, Thomas Tuchel tidak menyenaraikan Harry Kane dan Jude Bellingham dalam kesebelasan utama, manakala Didier Deschamps yang akan meninggalkan jawatannya selepas 14 tahun mengetepikan Bradley Barcola dan Ousmane Dembele.

Declan Rice meletakkan England di depan menerusi rembatan jarak jauh seawal minit ketiga sebelum Ezri Konsa menanduk masuk gol kedua.

Mbappe dan Michael Olise cuba menghidupkan peluang Perancis, namun penjaga gol kedua England, Dean Henderson mempamerkan aksi cemerlang.

England terus menjarakkan kedudukan apabila Bukayo Saka menjadikan kedudukan 3-0 hasil serangan balas pantas.

Saka kemudian menjaringkan gol keduanya pada masa kecederaan babak pertama untuk meletakkan England selesa mendahului 4-0.

Deschamps menyifatkan persembahan babak pertama pasukannya sebagai “malapetaka” ketika ditemu bual stesen televisyen M6 dan menggesa pemainnya mempamerkan maruah mereka.

Dia melakukan empat pertukaran dengan memasukkan Dembele, Dayot Upamecano, Lucas Digne dan Barcola yang memberi impak segera.

Mbappe menjaringkan gol kesembilannya pada kejohanan ini untuk mengatasi Lionel Messi dalam senarai penjaring terbanyak Piala Dunia 2026.

Perlawanan berubah sepenuhnya apabila Barcola menambah gol kedua Perancis sebelum Mbappe meledak gol keduanya hasil hantaran Olise.

Jaringan itu menjadikan Mbappe penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia dengan 22 gol, sekali gus mendahului Messi yang memiliki 21 gol.

Dia juga kini mendahului perlumbaan Kasut Emas dengan kelebihan dua gol ke atas kapten Argentina itu.

Perancis mempunyai beberapa peluang untuk menyamakan kedudukan tetapi England memperoleh sepakan penalti selepas Malo Gusto menjatuhkan Djed Spence dalam kotak penalti.

Saka tenang menyempurnakan sepakan itu untuk melengkapkan hatriknya.

Dembele sempat menjaringkan gol keempat Perancis, namun Bellingham memastikan kemenangan England apabila menjaringkan gol ke-10 perlawanan menerusi aksi solo menarik.

Gol itu turut menyaksikan Bellingham muncul pemain pertama England menjaringkan tujuh gol dalam sejarah Piala Dunia.

Related Posts

Leeds belasah Newcastle 4-1

LEEDS United membelasah Newcastle United 4-1 di Elland Road awal pagi tadi untuk melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris, sekali gus menghadiahkan kekalahan pertama kepada pengurus baharu The Magpies,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Musketeers Football perkukuh ekosistem bola sepak akar umbi melalui inovasi

SANDAKAN – Musketeers Football memperluas pembangunan bola sepak akar umbi menerusi penerokaan produk, teknologi, pendidikan dan peluang kerjaya dalam industri sukan. Presidennya, Hardy Pudar berkata, penyertaan dalam SCENIC Sabah Creatixé…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin