Johor siasat Network School, TMJ titah tindakan tegas jika langgar undang-undang

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung isu melibatkan Network School di Forest City, dengan tindakan tegas bakal diambil sekiranya wujud pelanggaran undang-undang atau syarat pelesenan.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah, kerajaan negeri tidak akan berkompromi terhadap sebarang ketidakpatuhan dan lesen atau permit operasi syarikat berkenaan boleh dibatalkan jika didapati melanggar peraturan.

“Berhubung isu melibatkan Network School di Forest City baru-baru ini, sebarang perkara berkaitan kemasukan warga asing ke negara ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Bagaimanapun, Kerajaan Negeri Johor dan pihak berkuasa tempatan akan menjalankan siasatan terperinci. Jika didapati berlaku sebarang pelanggaran undang-undang atau syarat lesen, tindakan tegas termasuk pembatalan lesen atau permit operasi akan diambil,” titah baginda menerusi hantaran di Facebook rasmi hari ini.

Semalam, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah mengeluarkan Notis Henti Niaga terhadap premis yang dikaitkan dengan operasi Network School di Forest City.

Menurut beliau, tindakan itu diambil selepas syarikat berkenaan didapati gagal mematuhi syarat lesen perniagaan dan penggunaan premis, selain menyalahgunakan sebuah pejabat urusan sebagai ruang menjalankan aktiviti pendidikan.

Hasil pemeriksaan MBIP mendapati, syarikat terbabit beroperasi di dua premis, dengan hanya satu daripadanya memiliki lesen pejabat urusan yang sah, manakala sebuah lagi beroperasi tanpa lesen perniagaan MBIP walaupun premis itu dimiliki oleh warga tempatan.

Terdahulu, isu berkenaan menjadi perhatian selepas tular di media sosial dakwaan yang mengaitkan kewujudan Network School di Forest City dengan agenda Israel untuk bertapak secara senyap di Malaysia menerusi pelaburan mata wang kripto.

Related Posts

Abu Bakar digugurkan, Izizam terajui Bersatu Perlis

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah digugurkan daripada jawatan Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis berkuat kuasa 3 September lalu. Jawatan tertinggi Bersatu negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gangguan bekalan simen di Sabah dijangka pulih pertengahan September

KOTA KINABALU – Bekalan simen di Sabah yang mengalami gangguan ketika ini dijangka pulih sepenuhnya menjelang pertengahan September susulan kilang Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) di Teluk Sepangar kembali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pasaran modal Malaysia kekal tawarkan peluang pelaburan menarik

Pasaran modal Malaysia kekal tawarkan peluang pelaburan menarik

Tuntutan RHB Capital terhadap Rashid ditolak sepenuhnya, rayuan turut ditarik balik – Peguam

Tuntutan RHB Capital terhadap Rashid ditolak sepenuhnya, rayuan turut ditarik balik – Peguam

Meta disaran perluas sekatan pengguna bawah 18 tahun di seluruh dunia

Meta disaran perluas sekatan pengguna bawah 18 tahun di seluruh dunia

Abu Bakar digugurkan, Izizam terajui Bersatu Perlis

Abu Bakar digugurkan, Izizam terajui Bersatu Perlis

‘Masuk Pas, masuk syurga’ bukan jaminan, jangan takbur dengan perjuangan politik – Tajuddin

‘Masuk Pas, masuk syurga’ bukan jaminan, jangan takbur dengan perjuangan politik – Tajuddin

Gangguan bekalan simen di Sabah dijangka pulih pertengahan September

  • By Ezmie
  • September 5, 2026
Gangguan bekalan simen di Sabah dijangka pulih pertengahan September