Lebih ramai murid Cina ambil SPM berbanding UEC

KUALA LUMPUR – Jumlah murid berbangsa Cina yang mengikuti pendidikan menengah di sekolah bawah Kementerian Pendidikan (KPM) adalah lebih tinggi berbanding menerusi sistem pendidikan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, daripada 387,406 pelajar Cina di peringkat menengah pada tahun 2026, seramai 260,699 orang atau 67.3 peratus bersekolah di bawah  KPM.

Menurut beliau, seramai 75,144 pelajar memilih Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang menggunakan sistem Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), manakala 51,563 pelajar lagi belajar di institusi pendidikan swasta.

“Berdasarkan data tersebut, 19.4 peratus murid berbangsa Cina mengikuti sistem pendidikan UEC, 67.3 peratus mengikuti pendidikan menengah di sekolah bawah KPM dan 13.3 peratus lagi di institusi pendidikan swasta,” katanya menerusi jawapan bertulis Parlimen, pada Khamis.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen PN Pokok Sena, Datuk Ahmad Saad yang meminta menteri menyatakan peratusan pelajar Cina yang menggunapakai sistem pendidikan UEC berbanding mengikuti sekolah aliran kebangsaan.

Bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen PN Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, Fadhlina memaklumkan, UEC adalah peperiksaan yang dilaksanakan di sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) dan kedudukannya itu kekal seperti sebelumnya.

“Pendirian ini berlandaskan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan dan peruntukan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] serta pengumuman YAB Perdana Menteri pada 20 Januari 2026,” katanya.

Sebelum ini, Siti Zailah meminta menteri menyatakan pendirian kerajaan terhadap pengiktirafan UEC memandangkan lebih 60 buah sekolah persendirian Cina menggunakan silibus tersebut.

Related Posts

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini mewajibkan semua pemberi perkhidmatan berlesen mengambil tindakan segera terhadap kandungan memudaratkan, termasuk menyekat akses kepada kandungan berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siasat dalang boloskan PATI, kebocoran di hulu perlu diutamakan

PUTRAJAYA – Keperluan agar budaya hanya menahan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sudah berada dalam negara tanpa menutup kebocoran di pintu masuk dihentikan dengan kadar segera. Presiden Pemerhati Rasuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam