Elak masalah di Thailand, JPJ saran rakyat Malaysia bawa lesen memandu fizikal

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menyarankan rakyat Malaysia yang bercadang memandu ke Thailand supaya membawa bersama lesen memandu fizikal bagi mengelakkan sebarang kesulitan ketika pemeriksaan oleh pihak berkuasa negara itu, meskipun Lesen Memandu Digital diiktiraf untuk penggunaan dalam negara.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, walaupun Malaysia menerima penggunaan Lesen Memandu Digital menerusi aplikasi MyJPJ, pengguna masih boleh mendapatkan lesen memandu fizikal di mana-mana pejabat JPJ dengan bayaran RM20.

Beliau berkata, aplikasi MyJPJ termasuk paparan lesen digital atau tangkap layar diterima oleh pihak berkuasa di Malaysia, namun penguatkuasaan di Thailand tertakluk kepada undang-undang dan bidang kuasa negara berkenaan.

“Kami menggalakkan orang ramai mendapatkan lesen memandu fizikal sebelum memasuki Thailand bagi mengelakkan sebarang masalah ketika pemeriksaan,” katanya selepas Majlis Kucha Sugho 2026 Bersama Rakan Strategik dan Komuniti.

Mohd Misuari berkata demikian ketika mengulas insiden tular membabitkan seorang rakyat Malaysia yang didakwa dikenakan saman 1,000 baht selepas gagal mengemukakan lesen memandu fizikal ketika diperiksa pihak berkuasa Thailand.

Beliau berkata, berdasarkan hubungan tidak rasmi dengan pihak berkuasa di selatan Thailand khususnya di Narathiwat, kewujudan Lesen Memandu Digital Malaysia sememangnya diketahui, namun maklumat mengenainya dipercayai belum disebarkan secara meluas atau belum mempunyai garis panduan bertulis kepada pegawai penguat kuasa.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat Malaysia supaya mematuhi undang-undang negara yang dikunjungi serta memastikan semua dokumen perjalanan disediakan sebelum memulakan perjalanan bagi melancarkan urusan sepanjang berada di Thailand.

Foto: Astro

Related Posts

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

KUANTAN – Kafe Secangkir di Sungai Karang Darat, dekat sini, rasmi ditutup hari ini. Perniagaan keluarga tiga beranak yang maut dalam kemalangan 11 kenderaan di LPT1, Lanchang, 31 Ogos lalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

ALOR SETAR – Bekalan Baja Padi 3 dilaporkan telah tiba di kawasan pesawah padi Kedah hari ini, kurang daripada 10 hari selepas isu bekalan tersebut mendapat perhatian kerajaan. Menurut kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak