Green Heroes’ Community Tour 2026 perkasa budaya lestari komuniti di Bandaraya Miri

MIRI – Majlis Bandaraya Miri (MBM) dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pujut Adong menganjurkan Green Heroes’ Community Tour 2026: Jelajah Komuniti Lestari Bandaraya Miri sebagai usaha memperkukuh penglibatan masyarakat dalam menjayakan agenda pembangunan mampan dan pemeliharaan alam sekitar.

Program yang berlangsung di Balai raya Kampung Pujut Adong pada Sabtu ini merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Program Kampung Angkat LA21/SDG Bandaraya Miri, yang bertujuan membudayakan amalan lestari dalam kalangan komuniti melalui pelbagai aktiviti berteraskan penjagaan alam sekitar, kesihatan awam, pendidikan serta kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan masyarakat setempat.

Pelbagai pengisian telah diadakan sepanjang program, antaranya Zero Litter Campaign dan gotong-royong komuniti bagi membersihkan kawasan persekitaran, selain program penanaman pokok di bawah inisiatif Low Carbon sebagai usaha meningkatkan kawasan hijau serta mengurangkan pelepasan karbon di bandaraya ini.

Turut mendapat perhatian ialah pameran agensi dan rakan strategik yang mengetengahkan pelbagai inisiatif berkaitan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), di samping sesi SDG Talks yang menyentuh isu kesihatan, kesihatan mental dan pemeliharaan alam sekitar bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan gaya hidup lestari.

Program itu turut menawarkan saringan kesihatan percuma kepada penduduk setempat, selain menganjurkan kuiz SDG, pertandingan mewarna kanak-kanak, demonstrasi SDG Kiosk-to-Kiosk serta Kampung Angkat Buy Back Campaign yang menggalakkan amalan kitar semula dan pengurusan sisa pepejal secara lebih sistematik.

Menurut penganjur, program berkenaan menjadi platform untuk memperkukuh semangat kesukarelawanan, mempererat hubungan antara komuniti dengan agensi kerajaan serta meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab bersama dalam memelihara alam sekitar demi kesejahteraan generasi masa kini dan akan datang.

Penganjuran Green Heroes’ Community Tour 2026 juga selari dengan aspirasi Bandaraya Miri untuk menjadi sebuah bandar yang bersih, hijau, sihat dan mampan melalui penglibatan aktif masyarakat dalam menyokong pelaksanaan Agenda 2030 bagi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Melalui kerjasama erat antara pihak berkuasa tempatan, agensi strategik dan komuniti, inisiatif seumpama ini diharap dapat memperkukuhkan budaya penjagaan alam sekitar serta membentuk masyarakat yang lebih bertanggungjawab dalam mewujudkan persekitaran bandar yang berkualiti, berdaya huni dan lestari.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan