PH tidak pernah gugat kestabilan kerajaan, yakin pertahan Negeri Sembilan – Amirudin

SEREMBAN – Pakatan Harapan (PH) tidak pernah mencetuskan ketidakstabilan atau menggagalkan mana-mana kerajaan yang diberi mandat mentadbir, kata Ahli Majlis Presiden PH, Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata, rekod pentadbiran PH di peringkat Persekutuan dan negeri membuktikan gabungan itu sentiasa menghormati mandat rakyat serta mengutamakan kestabilan politik.

“Sejarah politik negara mencatatkan Pakatan Harapan tidak pernah sama sekali mencacatkan, menggagalkan atau menimbulkan keadaan huru-hara dalam mana-mana kerajaan yang diberi amanah.

“Mungkin ada pihak yang mengkhianati amanah memperoleh peluang sementara, namun kita percaya kepada kejujuran dan usaha yang baik perlu diteruskan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon PH bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di Kuala Pilah, hari ini.

Amirudin berkata, dengan strategi yang telah dirangka serta gerak kerja seluruh jentera, aktivis, penyokong dan pendokong parti, beliau yakin PH mampu mengekalkan pentadbiran Negeri Sembilan.

Katanya, PH hadir dengan rekod pentadbiran yang baik sejak memperoleh kemenangan awal pada 2008, mengukuhkan kedudukan pada 2013, membentuk kerajaan negeri pada 2018 dan menjadi tunjang Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan pada 2022.

Beliau berkata, di bawah kepimpinan Pengerusi PH Negeri Sembilan yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, pelbagai pencapaian berjaya direkodkan termasuk peningkatan pelaburan, pertumbuhan ekonomi, peluang pekerjaan dan kebajikan rakyat.

Menurutnya, kejayaan itu menyebabkan ada pihak cuba mengambil kesempatan terhadap kekeliruan yang timbul berkaitan urusan adat bagi merampas kerajaan melalui cara yang tidak berhemah.

“Kita mengambil jalan yang bermaruah dengan mengembalikan kuasa kepada rakyat menerusi pilihan raya. Rakyat akan menentukan sama ada pentadbiran ini diteruskan atau sebaliknya,” katanya.

Beliau turut menyeru seluruh jentera PH bergerak sebagai satu pasukan selepas pelancaran jentera dan pengumuman calon, sebelum manifesto gabungan itu diumumkan dalam masa terdekat.

“Ini masanya kita mempertahankan maruah perjuangan dan kemenangan bersama. Saya yakin dengan usaha seluruh jentera, Negeri Sembilan akan terus kekal di bawah pentadbiran Pakatan Harapan,” katanya.

Related Posts

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

SHAH ALAM – Setiap banduan mempunyai hak untuk memohon pengampunan, namun keputusan berhubung permohonan itu bukan kuasa kerajaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perkara berkenaan perlu dilihat berlandaskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu terlebih dahulu mendengar pandangan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berhubung hasratnya melepaskan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan Lembaga Pengampunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

Pengampunan bersyarat Najib bukan keputusan PM, PH – Fadhlina

Pengampunan bersyarat Najib bukan keputusan PM, PH – Fadhlina

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa