Kerajaan jamin bekalan makanan negara mencukupi, stok beras tahan enam bulan

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bekalan makanan asas negara kekal mencukupi dengan stok penimbal beras mampu menampung keperluan rakyat selama enam bulan, selain mengekalkan harga Beras Putih Tempatan (BPT) bagi mengawal tekanan kos sara hidup.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, langkah itu menjadi antara fokus utama Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) susulan ketidaktentuan rantaian bekalan global.

“Dalam keadaan global tidak menentu, keutamaan kita adalah memastikan bekalan asas tidak terputus dan rakyat tidak dibebani dengan kenaikan harga yang tidak munasabah,” katanya pada Taklimat Krisis Bekalan Global selepas mesyuarat MTEN yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Parlimen pada Isnin.

Pada masa sama, beliau berkata kerajaan telah mengagihkan RM45.98 juta kepada 118,908 pesawah di Semenanjung Malaysia menerusi Insentif Pembajakan bagi membantu mereka menghadapi peningkatan kos operasi serta cabaran perubahan cuaca.

Menurutnya, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) juga sedang memperkukuh langkah menangani risiko kenaikan harga baja dengan mempelbagaikan sumber input pertanian, menambah baik kawal selia industri dan memperluaskan bantuan kepada pesawah.

Beliau berkata Rang Undang-Undang Baja dijangka dibentangkan pada awal tahun depan bagi meningkatkan tadbir urus, ketelusan pasaran dan menjamin bekalan input pertanian yang lebih mampan.

“Selain itu, MTEN turut mengambil maklum risiko cuaca panas dan kedudukan paras air empangan. Pemantauan akan diperkukuh supaya tindakan mitigasi dapat digerakkan sebelum keadaan itu menjejaskan pengeluaran dan bekalan kepada pengguna,” katanya.

Akmal berkata kerajaan turut bersetuju memberi tumpuan kepada empat keutamaan strategik, iaitu menjamin bekalan makanan, tenaga dan input industri; mengurangkan kos struktur yang tidak perlu; memperluas akses pasaran dan pelaburan berkualiti termasuk kepada PKS; serta mempercepat penggunaan teknologi, ekonomi kitaran dan pembangunan bakat bagi memperkukuh daya saing ekonomi negara.

Related Posts

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini mewajibkan semua pemberi perkhidmatan berlesen mengambil tindakan segera terhadap kandungan memudaratkan, termasuk menyekat akses kepada kandungan berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siasat dalang boloskan PATI, kebocoran di hulu perlu diutamakan

PUTRAJAYA – Keperluan agar budaya hanya menahan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sudah berada dalam negara tanpa menutup kebocoran di pintu masuk dihentikan dengan kadar segera. Presiden Pemerhati Rasuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam