BMW dipandu warga asing tanpa lesen sah disita JPJ

ARAU – Sebuah kereta mewah jenis BMW 523i E60 yang dipandu seorang lelaki warga asing disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis selepas dikesan melakukan beberapa kesalahan jalan raya, semalam.

Menurut sumber Bahagian Penguat Kuasa JPJ Perlis, kenderaan itu ditahan pada pukul 12.30 tengah hari di persimpangan lampu isyarat Jalan Rani Estate ketika sepasukan anggota menjalankan rondaan Op PeWA di Jalan Arau-Kodiang.

“Semakan awal mendapati pemandu terbabit tidak memiliki lesen memandu yang sah.

“Lesen kenderaan motor kereta itu juga didapati tamat tempoh sejak 30 September 2025 selain tidak mempunyai perlindungan insurans,” katanya.

Menurut sumber, tindakan diambil terhadap pemandu berusia 22 tahun yang juga pemilik kereta terpakai berkenaan mengikut Seksyen 26, Seksyen 23 dan Seksyen 90 Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Katanya, kenderaan terbabit kemudian disita mengikut Seksyen 64(1) akta sama.

“Kereta itu dibawa ke pejabat JPJ Perlis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

JPJ Perlis memaklumkan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang.

Langkah itu juga bertujuan meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya di negeri ini.

Related Posts

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

GEORGE TOWN – Keadaan di lima daerah negeri ini dilaporkan terkawal dan tiada kecederaan mangsa dilaporkan susulan beberapa gegaran yang dirasai akibat gempa bumi kuat di Utara Sumatera, Indonesia semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AMK Sabah sokong cadangan naikkan BUDI Diesel 500 liter sebulan

KOTA KINABALU – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah menyokong cadangan agar Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan peningkatan kuota subsidi diesel dibawah inisiatif BUDI kepada 500 liter sebulan, khususnya bagi penerima yang layak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

Demi kestabilan politik, PKR tidak akan ‘ceraikan’ UMNO

Demi kestabilan politik, PKR tidak akan ‘ceraikan’ UMNO