JIM Perlis gempur Arau, Beseri dan Kangar, 11 warga Bangladesh dicekup

KANGAR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis menggempur beberapa lokasi di Arau, Beseri dan Kangar sebelum menahan 11 lelaki warga Bangladesh dalam Operasi Mega Bersepadu (Ops Mega) yang dilaksanakan serentak di seluruh negara hari ini.

Pengarah Imigresen Perlis, Mohammad A’sim Md. Ali berkata, operasi selama kira-kira dua jam bermula pukul 10 pagi itu membabitkan 13 anggota yang melakukan pemeriksaan di pelbagai premis perniagaan, tempat kerja dan tapak pembinaan.

“Seramai 38 individu diperiksa membabitkan 14 warga tempatan dan 24 warga asing berusia antara 22 hingga 57 tahun.

“Warga asing yang diperiksa terdiri daripada 12 warga Bangladesh, sembilan warga India serta masing-masing seorang warga Myanmar, Pakistan dan Indonesia,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Latihan Imigresen Wilayah Utara di sini hari ini.

Menurut beliau, hasil operasi itu membawa kepada penahanan 11 lelaki warga Bangladesh.

“Daripada jumlah itu, 10 individu disyaki melanggar syarat pas mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Seorang lagi pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah,” ujarnya.

Katanya lagi, kebanyakan warga asing yang diperiksa bekerja sebagai buruh kasar di tapak pembinaan selain mengambil upah sebagai buruh di sawah padi berikutan musim menyulam di sekitar Arau dan Beseri.

Beliau berkata, operasi itu turut merangkumi beberapa cabang penguatkuasaan iaitu Ops Belanja, Ops Selera, Ops Dandan, Ops APU dan Ops Mahir yang menyasarkan pelbagai sektor pekerjaan.

“Kesemua tahanan dibawa ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri Kangar bagi menjalani proses dokumentasi dan siasatan lanjut,” katanya.

Related Posts

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

GEORGE TOWN – Keadaan di lima daerah negeri ini dilaporkan terkawal dan tiada kecederaan mangsa dilaporkan susulan beberapa gegaran yang dirasai akibat gempa bumi kuat di Utara Sumatera, Indonesia semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AMK Sabah sokong cadangan naikkan BUDI Diesel 500 liter sebulan

KOTA KINABALU – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah menyokong cadangan agar Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan peningkatan kuota subsidi diesel dibawah inisiatif BUDI kepada 500 liter sebulan, khususnya bagi penerima yang layak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

Demi kestabilan politik, PKR tidak akan ‘ceraikan’ UMNO

Demi kestabilan politik, PKR tidak akan ‘ceraikan’ UMNO