Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

TAWAU – Generasi muda Malaysia berupaya muncul sebagai inovator bertaraf dunia dengan memperkukuh pendidikan berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Rina Jainal berkata, pelbagai inisiatif berkaitan STEM sebenarnya telah lama dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Bagaimanapun katanya, perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) kini membuka ruang lebih luas kepada murid untuk meneroka kreativiti dan menghasilkan inovasi.

“Penggunaan platform AI seperti ChatGPT, Gemini dan pelbagai aplikasi digital lain membolehkan murid menghasilkan idea serta penyelesaian yang lebih kreatif berbanding sebelum ini.

“Perkembangan ini menunjukkan generasi muda di negara ini semakin celik teknologi dan mampu memanfaatkan kemajuan digital ke arah yang positif, ” katanya selepas merasmikan Junior Innovate, Sabah Maker Fair 2026 (Tawau Edition) di sini, pada Isnin.

Menurut ADUN Kukusan itu, sebahagian hasil inovasi yang dipamerkan bukan sahaja kreatif, malah mempunyai potensi komersial yang tinggi.

“Sesebuah idea yang bermula sebagai prototaip mampu dikembangkan menjadi produk sebenar jika diberikan sokongan, bimbingan dan peluang yang mencukupi.

“Sebagai contoh, murid Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu Keramat, Tawau berjaya mewakili daerah ini ke peringkat kebangsaan menerusi hasil inovasi ciptaan sendiri walaupun masih berumur di bawah 12 tahun.

“Ini membuktikan potensi besar yang dimiliki anak-anak Sabah jika bakat mereka terus dipupuk dan diberikan peluang, ” ujarnya.

Dalam pada itu, mengenai penyalahgunaan teknologi, Rina berkata, pendekatan terbaik ialah menggalakkan mereka memanfaatkan teknologi untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif dan bermanfaat.

“Daripada menghabiskan masa bermain permainan video tanpa kawalan, lebih baik mereka didorong untuk membangunkan permainan atau aplikasi sendiri.

“Kita mahu teknologi menjadi medium untuk mencipta, berinovasi dan menyelesaikan masalah, bukan sekadar digunakan sebagai hiburan semata-mata,” jelasnya.

Related Posts

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

GEORGE TOWN – Keadaan di lima daerah negeri ini dilaporkan terkawal dan tiada kecederaan mangsa dilaporkan susulan beberapa gegaran yang dirasai akibat gempa bumi kuat di Utara Sumatera, Indonesia semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AMK Sabah sokong cadangan naikkan BUDI Diesel 500 liter sebulan

KOTA KINABALU – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah menyokong cadangan agar Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan peningkatan kuota subsidi diesel dibawah inisiatif BUDI kepada 500 liter sebulan, khususnya bagi penerima yang layak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

Demi kestabilan politik, PKR tidak akan ‘ceraikan’ UMNO

Demi kestabilan politik, PKR tidak akan ‘ceraikan’ UMNO