Empat penunggang RXZ maut, kemalangan babit 13 kenderaan

KUANTAN – Empat penunggang motosikal Yamaha RXZ maut manakala seorang remaja perempuan cedera dalam kemalangan membabitkan 13 kenderaan di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) arah Kemaman, dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, kejadian jam 1.20 pagi itu membabitkan sebuah Toyota Vios, empat motosikal Yamaha RXZ yang dikenal pasti serta lapan lagi motosikal yang belum dikenal pasti.

“Siasatan awal mendapati kereta Toyota Vios itu dipandu dari arah Kuantan menghala ke Kemaman sebelum sebuah motosikal dipercayai merempuh bahagian belakang kenderaan berkenaan.

“Pelanggaran itu mengakibatkan penunggang motosikal terbabit terjatuh di lorong kanan sebelum tiga lagi motosikal yang datang dari arah sama gagal mengelak lalu melanggar sesama sendiri,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Menurut Ashari, kemalangan itu turut melibatkan beberapa lagi motosikal yang masih dalam proses dikenalpasti.

Ashari memaklumkan, mangsa yang meninggal dunia di lokasi kejadian ialah Che Mohd Sufian Che Ghani, 40, dari Bachok, Kelantan; Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan, 33, dari Dungun, Terengganu dan Mohd Aizat Husni, 33 dari Besut, Terengganu.

Beliau berkata, seorang lagi mangsa, Muhammad Safawi Md Noh, 24, dari FELDA Neram, Terengganu, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

“Seorang penumpang kereta berusia 13 tahun mengalami kecederaan pada bahagian tengkuk dan sedang menerima rawatan di HTAA manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurutnya, mayat keempat-empat mangsa dihantar ke Unit Forensik HTAA untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis sedang mengesan lapan lagi motosikal yang dipercayai terlibat serta saksi-saksi bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan ,” katanya.

Related Posts

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

SHAH ALAM – ‘Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung adalah keutamaan kami’, demikian penegasan Taman Tema Sunway selepas mengesahkan insiden membabitkan sebuah tarikan di Sunway Lagoon pada 22 Ogos lalu yang melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

IPOH – Kegiatan memiliki dan menyimpan daun ketum serta air minuman itu membawa padah apabila lima lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kerian dan Hilir Perak, pada Isnin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat