Tiket kereta api, bas habis… Anthony Loke yakin pengundi keluar lebih 70 peratus

SETIAUSAHA Agung DAP, Anthony Loke menyasarkan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor esok melepasi 70 peratus, dengan menyifatkan ia penting bagi memastikan kerajaan yang dipilih benar-benar mendapat mandat majoriti rakyat.

Katanya, kadar penyertaan pengundi yang tinggi bukan sahaja menentukan kekuatan mandat sesebuah kerajaan, malah menjadi petunjuk kematangan demokrasi apabila rakyat tampil menunaikan tanggungjawab mereka di peti undi.

“Kalau kita hanya mendapat separuh daripada pengundi yang mengambil bahagian dalam sistem pilihan raya, ia akan menimbulkan isu kredibiliti atau keabsahan sesebuah kerajaan kerana ia tidak mewakili majoriti suara pengundi.

“Kalau kita mahu sistem demokrasi Malaysia terus subur dan berkelangsungan, maka peratusan keluar mengundi yang tinggi adalah satu parameter yang penting,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bilik Gerakan Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seremban Jaya, hari ini.

Anthony yang juga Menteri Pengangkutan berkata, beliau optimis sasaran itu mampu dicapai kerana keadaan kini jauh berbeza berbanding PRN Johor 2022 yang berlangsung ketika negara masih berdepan sekatan perjalanan akibat pandemik Covid-19.

Menurutnya, kadar keluar mengundi pada pilihan raya lalu hanya sekitar 54 peratus kerana ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura tidak dapat pulang berikutan penutupan sempadan ketika itu.

Beliau berkata, keyakinan itu turut disokong sambutan luar biasa terhadap pengangkutan awam apabila tiket kereta api dan bas ekspres dari Kuala Lumpur serta Singapura ke Johor Bahru habis dijual sejak seminggu lalu.

Katanya, semua perkhidmatan tambahan Tren Elektrik (ETS) yang disediakan turut menerima sambutan menggalakkan, sekali gus memberi gambaran bahawa ramai pengundi berusaha pulang untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

“Malah ada pertubuhan bukan kerajaan yang menyediakan bas untuk pulang ke Johor dan semuanya pun sudah penuh.

“Kalau tak dapat beli tiket pengangkutan awam, mungkin boleh tumpang kereta kawan-kawan untuk balik ke kawasan masing-masing,” katanya.

Related Posts

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) gagal mendapatkan perintah penangguhan sementara terhadap notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu sehingga permohonan semakan kehakiman didengar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas pemain bola sepak dituduh edar 72kg ganja

ALOR SETAR – Seorang bekas pemain bola sepak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar 72 kilogram (kg) dadah jenis kanabis, bulan lalu. Tertuduh, Muhammad Faiz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari

Bekas pemain bola sepak dituduh edar 72kg ganja

Bekas pemain bola sepak dituduh edar 72kg ganja